Budak budak kalau bercakap memang jujur. Kau tahan je lah.

Kakak aku, kalau bercakap dengan anak dia memang luhur dari hati. Stok anak plak cerdik. Memang tak payah kelentong, kena cakap yang benar je. Lepas tu jenis kakak aku ni islamik jugak lah. Dia ajar anak dia kalau nak beli makanan kena cek dulu, tunjuk dekat ibu dulu biar ibu check dulu makanan tu halal ke tak, ada kandungan lemak binatang haram ke tak. Maka :

Situasi : dekat pasaraya, aku tengah cari nuget masa tu. Si Syahmie anak buah aku ni tak ingat dia ambik makanan apa entah. Lepas tu cakap kuat gila macam kan satu pasaraya tu boleh dengar.

"Ibu!!!! Yang ini ada babi tak?" sambil bawak barang tu kat kakak aku.

Punya lah ikhlas dia tanya. Budak empat taun kan, kau expect apa? Terus lah menjerit kami semua. "Hesh! Abang sssyyuuussshhhhhhh" Aku dah mengekek gelak. Lepas tu dia tukar ayat. "Ibu, yang ini halal tak?" Phewww berderau jantung. Bukan apa..kalau dengar dek kaum lain bukan ke macam tak sopan?

Yang ini perangai sapa suka amik gambar macam ni eh. Susun barang barang then amik gambar. Kekekekkek menurun pangai aku la tu. Gigih kau kebas blackbery pakteh kau heh.


10 comments:

miszlullaby said...

kekeke...denga citer nurul kan.teringat encik tunang penah citer dekat ML.hari tu encik tunang pergi makan dkt restoran mane ntah dengan family die.

Dekat situ ade tempat mainan mcm gelongsor sume tu. Pastu tetibe ade budak ni menjerit. Sume org tgk ar. Sekali ade budak melayu ni tengah pijak kepale budak cina. Pastu mak die marah ar. Budak melayu tu jawab "die ni cina!".

teruk betul.budak kecik pun dah pandai ganas2.

LadyRye said...

hang tak tau waheeda masa umoq 4 tahun..selalu aku kata dia kena mandi nanti busuk macam cina tak mandi

sekali ada cina lalu belakang kat tesco dia tanya aku kuat2

mummy, tu cina tak mandi ka?

adeh, seb baek cina tu tak dengaq..kalau tak mau tragedi 13mei berulang!

fyna said...

haha lucu gile..adi i pon penah tau..kalau g makan tempat tak sedap dia cakap kuat-kuat xsedap..haha kita yang malu

ahmad endo said...

tak pa...sebab dia budak kecik d maaf kan tu...hehehe

sembil9n said...

hahhaha..comel la bdk tu...ajar dy jd fotografi ok....bgs da tu

The Nurul said...

@miszlullaby kadang kadang bahaya jugak kan ML. macam racist.

The Nurul said...

@LadyRye apa lagik..bawak lari anak la cepat.

The Nurul said...

@fynabagus jugak apa. biar tuan kedai tu sedar. budak budak mana pandai bohong tapi kita segan la hahahha

The Nurul said...

@ahmad endo hehe. biasa la budak budak

The Nurul said...

@sembil9n budak budak otak dia macam sponge. cepat je serap semua benda. adoyai.