Tak sangka jugak aku sepupu lelaki aku, Boy suka baca novel. Umor dah 25
tengah chambering. Ape jenis novel semua dia layan. Haritu novel Yes Boss! aku
pun dia rembat. Balik kampung hari tu dia hulur kat aku novel ni. Kata dia kau
kena baca ni. Best gila! *padahal dia sendiri pun baru baca separuh*
Lepas tu aku dengan kejam nya terus bawak balik habiskan baca dekat rumah
aunty masa dekat Kuantan haritu. Hahaha. Lepas tu mula la nak tease dia nak
cerita sampai ending cerita ni tapi sebab kesian so tak jadi.
Dah nama bakal lawyer memang kena sangat la dia pilih novel ni. Aku baca
sinopsis pun memang excited gila lah. Sampai sudah sebenarnya tak expect siapa
pembunuh tu. Lain yang aku expect lain yang keluar.
Ok cerita dia kan, ada sorang secretary ni nama Zarina, kapel dengan *ok aku
lupa siapa nama pakwe Zarina ni* hahahahhaha nak selak balik buku dah pulang
kat tuan dia *grin*. Lepas tu Zarina ni kena bunuh dan orang yang
bertanggungjawab tu katanya Dato (pun aku lupa nama apa). Tapi mahkamah bebaskan
Dato ni pasal bukti tak cukup kuat.
Lepas tiga tahun kes tu tutup, tiba tiba gempar lah pulak ada dua pembunuhan
berasingan yang melibatkan orang yang rapat dengan Dato tu tadi tapi cara
yang sama. So diorang syak ada orang nak balas dendam berkaitan kes tiga
tahun lepas tu . Lepas tu Dato tu pun mati sekali. Dekat dahi mangsa ada tulis
302 (hukuman mati mandatori) lepas tu pembunuh akan membogelkan diri dan duduk
bertinggung dekat sebelah mangsa dan mengaku bersalah. Tapi semua tu disahkan
sakit mental. Jadi tak boleh nak jatuhkan hukuman.
So ada sorang peguam muda ni, Norhafiza Izura kena bela kes ni. Siasat punya
siasat pun kes terbengkalai. Semua tertuduh tu bagi satu clue. Orang yang suruh
mereka bunuh semua mangsa tu adalah Zonan iaitu roh jahat yang bernyawa tah
camana tah ayat dia tapi gitu la. Zonan ni diorang describe macam roh ada kat
mana mana, pakai topeng putih macam opera tu, cuma nampak mata saja.
Gila cerita ni dah la banyak watak Puas aku kena ingat watak satu persatu
dan ingat karakter dia sambil terus fikir siapa yang bunuh.
Jadi, tahun 2032, doktor psikiatri yang terlibat merawat mangsa yang di
tuduh membunuh tu buat kajian yang mana orang boleh balik ke masa lalu guna
kapsul masa. Lepas tu dia pilih lah anak Dato yang mati kena bunuh dulu tu
sebagai calon ujian pertama. Anak Dato ni, Rita dah jadi peguam. Dia dulu saksi
kejadian bapak dia mati kena bunuh.
Dia kena balik ke tahun 2012 untuk selesaikan kes tu. Nak tau siapa dalang
di sebalik semua kejadian tu. Tapi sebenarnya doktor tu anjakkan ke 2014 tahun
di mana peguam Norhafiza Izura ni mati kena bunuh. Dan diorang percaya hanya
Norhafiza ni je yang nampak muka pembunuh/dalam di sebalik semua kejadian
tu. Jadi Rita ni kena jadi Norhafiza Izura masa tahun 2014. Tapi dalam
diri dia masih dia, jadi dia boleh tau lah apa akan jadi 2032 nanti. Alah kira
dia masuk dalam jasad Norhafiza tu lah. So banyak benda dia tak faham dan orang
orang keliling dia pun masa tu pelik dengan perangai dia sebab actually dia
Rita, bukan Norhafiza. Ha paham? Aku pun dah pening cane nak describe. Sebab tu
aku kata novel ni banyak kena fikir
Masa Rita ni duduk dalam kapsul masa tu, Zonan ni dah munculkan diri
(tapi masa ni masih tak tau identiti Zonan ni k) so dia pecah masuk dalam
bangunan tu dan crash kan semua benda. Bunuh doktor psiakiatri tu dan stopkan
mesin kapsul masa tu. Jadinya Rita tu mengalami komplikasi hilang ingatan dan
pertukaran watak. Bila sedar, dia terbawak watak Norhafiza. Bukan Rita. Fuh.
So bila dia jadi Norhafiza, si Zonan ni cuak lah pasal dia ingatkan
Rita tu hanya hilang ingatan, tapi bila Rita tu bertukar watak dengan
Norhafiza, automatik dia tahu lah siapa Zonan dan bekerjasama dengan pihak
polis. Lepas tu Zonan dah cuak so dia pun langgar Rita then masa langgar tu
momentum dia kuat, jadi Rita dan jadi diri dia semula yang asal.
Masa ni lah dia dapat surat wasiat dari mak dia yang dah meninggal dekat
mekah bagaitau sebenarnya yang bunuh Zarina tu dulu bukan ayah dia tapi mak dia
pasal cemburu dan bunuh secara tak sengaja.
Kemuncak dia aku tak ingat ah camana tapi sebenarnya dalang di sebalik
kejadian ni semua adalah kekasih Zarina. dia ni bapak gila cerdik. Dia study
psicology, lepas tu pura pura jadi gila dan masuk hospital mental dan rasuk
orang orang sakit jiwa kat dalam tu. sebab dia tau kalau orang gila membunuh,
takkan di sabitkan kes 302. Dia pun wujudkan lah watak Lan Lani, pembunuh
pertama.
Watak (yang aku ingat)
Dato Mahali - suspek pembunuh Zarina
Zarina - mati kena bunuh
Kekasih Zarina
Sabri - bodyguard Dato Mahali
Isteri Dato Mahali
Nor Hafiza Izura – peguam yang mati tahun 2014
Rita – Anak Dato Mahali, peguam tahun 2032
Inspektor & Pesara polis yang tolong Norhafiza Izura (eh kau takde nama
panjang lagi ke nak bubuh ha?)
Doktor psiakatri
Pesakit jiwa/pembunuh – Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Yeoh
Dina – bestfriend Farid
Sumpah lah sampai sudah aku ingatkan si Farid ni pembunuh dan si Dina ni
wujud betul. Sebab aku selak selak la page hujung hujung tu pasal nak tau ah
ending, letih nak memikir novel ni. Lepas tu Nampak ayat Farid happy dengan
Dina. Rupanyaaaa!!!! Si Farid tu terus gila. Dina tu watak kedua dia. Pasal
dulu dia kawan baik Dina ni. Sama sama analisis saham. Dina Berjaya untung juta
juta dia rugi. Dahl ah cinta kena tolak, dek sakit hati dia bunuh Dina dan
kadang kadang dia bawak watak Dina. Aku pun pun tak paham gila saiko. Dan terus
lah dia gila.
Ape lagi nak cerita entah lah. Aku pun dah banyak hari nak tulis ni asik
lupa. Novel pun dah pulang.
So, sila beli lah. Memang 5/5 lah rate aku kasi. Two Thumbs Up lah novelis
Ramlee Awang Murshid.
3 comments:
pening kepala aku hoi baca tapi sinopsis ko ni membuatkan aku yg tak minat baca novel ni terus terasa nak beli !
beli! tapi kena baca time tenang tenang supaya semua watak boleh masuk dalam kepala. hehe
nama pakwe zarina lan lani..nama sebenar irwanshah
Post a Comment