Fiksyen 302 : Jangan Percaya!



Tak sangka jugak aku sepupu lelaki aku, Boy suka baca novel. Umor dah 25 tengah chambering. Ape jenis novel semua dia layan. Haritu novel Yes Boss! aku pun dia rembat. Balik kampung hari tu dia hulur kat aku novel ni. Kata dia kau kena baca ni. Best gila! *padahal dia sendiri pun baru baca separuh*

Lepas tu aku dengan kejam nya terus bawak balik habiskan baca dekat rumah aunty masa dekat Kuantan haritu. Hahaha. Lepas tu mula la nak tease dia nak cerita sampai ending cerita ni tapi sebab kesian so tak jadi. 

Dah nama bakal lawyer memang kena sangat la dia pilih novel ni. Aku baca sinopsis pun memang excited gila lah. Sampai sudah sebenarnya tak expect siapa pembunuh tu. Lain yang aku expect lain yang keluar.

Ok cerita dia kan, ada sorang secretary ni nama Zarina, kapel dengan *ok aku lupa siapa nama pakwe Zarina ni* hahahahhaha nak selak balik buku dah pulang kat tuan dia *grin*. Lepas tu Zarina ni kena bunuh dan orang yang bertanggungjawab tu katanya Dato (pun aku lupa nama apa). Tapi mahkamah bebaskan Dato ni pasal bukti tak cukup kuat. 

Lepas tiga tahun kes tu tutup, tiba tiba gempar lah pulak ada dua pembunuhan berasingan  yang melibatkan orang yang rapat dengan Dato tu tadi tapi cara yang sama.  So diorang syak ada orang nak balas dendam berkaitan kes tiga tahun lepas tu . Lepas tu Dato tu pun mati sekali. Dekat dahi mangsa ada tulis 302 (hukuman mati mandatori) lepas tu pembunuh akan membogelkan diri dan duduk bertinggung dekat sebelah mangsa dan mengaku bersalah. Tapi semua tu disahkan sakit mental. Jadi tak boleh nak jatuhkan hukuman.

So ada sorang peguam muda ni, Norhafiza Izura kena bela kes ni. Siasat punya siasat pun kes terbengkalai. Semua tertuduh tu bagi satu clue. Orang yang suruh mereka bunuh semua mangsa tu adalah Zonan iaitu roh jahat yang bernyawa tah camana tah ayat dia tapi gitu la. Zonan ni diorang describe macam roh ada kat mana mana, pakai topeng putih macam opera tu, cuma nampak mata saja.

Gila cerita ni dah la banyak watak Puas aku kena ingat watak satu persatu dan ingat karakter dia sambil terus fikir siapa yang bunuh.

Jadi, tahun 2032, doktor psikiatri yang terlibat merawat mangsa yang di tuduh membunuh tu buat kajian yang mana orang boleh balik ke masa lalu guna kapsul masa. Lepas tu dia pilih lah anak Dato yang mati kena bunuh dulu tu sebagai calon ujian pertama. Anak Dato ni, Rita dah jadi peguam. Dia dulu saksi kejadian bapak dia mati kena bunuh. 

Dia kena balik ke tahun 2012 untuk selesaikan kes tu. Nak tau siapa dalang di sebalik semua kejadian tu. Tapi sebenarnya doktor tu anjakkan ke 2014 tahun di mana peguam Norhafiza Izura ni mati kena bunuh. Dan diorang percaya hanya Norhafiza ni je yang nampak muka pembunuh/dalam di sebalik semua kejadian tu.  Jadi Rita ni kena jadi Norhafiza Izura masa tahun 2014. Tapi dalam diri dia masih dia, jadi dia boleh tau lah apa akan jadi 2032 nanti. Alah kira dia masuk dalam jasad Norhafiza tu lah. So banyak benda dia tak faham dan orang orang keliling dia pun masa tu pelik dengan perangai dia sebab actually dia Rita, bukan Norhafiza. Ha paham? Aku pun dah pening cane nak describe. Sebab tu aku kata novel ni banyak kena fikir

Masa Rita ni  duduk dalam kapsul masa tu, Zonan ni dah munculkan diri (tapi masa ni masih tak tau identiti Zonan ni k) so dia pecah masuk dalam bangunan tu dan crash kan semua benda. Bunuh doktor psiakiatri tu dan stopkan mesin kapsul masa tu. Jadinya Rita tu mengalami komplikasi hilang ingatan dan pertukaran watak. Bila sedar, dia terbawak watak Norhafiza. Bukan Rita. Fuh.

So bila dia jadi Norhafiza,  si Zonan ni cuak lah pasal dia ingatkan Rita tu hanya hilang ingatan, tapi bila Rita tu bertukar watak dengan Norhafiza, automatik dia tahu lah siapa Zonan dan bekerjasama dengan pihak polis. Lepas tu Zonan dah cuak so dia pun langgar Rita then masa langgar tu momentum dia kuat, jadi Rita dan jadi diri dia semula yang asal. 

Masa ni lah dia dapat surat wasiat dari mak dia yang dah meninggal dekat mekah bagaitau sebenarnya yang bunuh Zarina tu dulu bukan ayah dia tapi mak dia pasal cemburu dan bunuh secara tak sengaja. 

Kemuncak dia aku tak ingat ah camana tapi sebenarnya dalang di sebalik kejadian ni semua adalah kekasih Zarina. dia ni bapak gila cerdik. Dia study psicology, lepas tu pura pura jadi gila dan masuk hospital mental dan rasuk orang orang sakit jiwa kat dalam tu. sebab dia tau kalau orang gila membunuh, takkan di sabitkan kes 302. Dia pun wujudkan lah watak Lan Lani, pembunuh pertama.

Watak (yang aku ingat)

Dato Mahali  - suspek pembunuh Zarina
Zarina - mati kena bunuh
Kekasih Zarina
Sabri - bodyguard Dato Mahali
Isteri Dato Mahali
Nor Hafiza Izura – peguam yang mati tahun 2014
Rita – Anak Dato Mahali, peguam tahun 2032
Inspektor & Pesara polis yang tolong Norhafiza Izura (eh kau takde nama panjang lagi ke nak bubuh ha?)
Doktor psiakatri
Pesakit jiwa/pembunuh – Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar, Farid Yeoh
Dina – bestfriend Farid


Sumpah lah sampai sudah aku ingatkan si Farid ni pembunuh dan si Dina ni wujud betul. Sebab aku selak selak la page hujung hujung tu pasal nak tau ah ending, letih nak memikir novel ni. Lepas tu Nampak ayat Farid happy dengan Dina. Rupanyaaaa!!!! Si Farid tu terus gila. Dina tu watak kedua dia. Pasal dulu dia kawan baik Dina ni. Sama sama analisis saham. Dina Berjaya untung juta juta dia rugi. Dahl ah cinta kena tolak, dek sakit hati dia bunuh Dina dan kadang kadang dia bawak watak Dina. Aku pun pun tak paham gila saiko. Dan terus lah dia gila.

Ape lagi nak cerita entah lah. Aku pun dah banyak hari nak tulis ni asik lupa. Novel pun dah pulang.

So, sila beli lah. Memang 5/5 lah rate aku kasi. Two Thumbs Up lah novelis Ramlee Awang Murshid.


3 comments:

Izzatul Azma said...

pening kepala aku hoi baca tapi sinopsis ko ni membuatkan aku yg tak minat baca novel ni terus terasa nak beli !

De' Nurul said...

beli! tapi kena baca time tenang tenang supaya semua watak boleh masuk dalam kepala. hehe

Anonymous said...

nama pakwe zarina lan lani..nama sebenar irwanshah