Mati la abaaaanngggg!!

Malam tadi mak call. Jarang jarang mak call. Cuma kali ni mungkin dia rasa sangat lawak perangai cucu dia, jadi dia tak boleh tahan dan call untuk bercerita.

Cucu sulung kesayangan dia, Syahmie sakit mulut. Ulcer. Budak empat tahun mana la reti nak hadap benda benda tu. Kalau kita yang dah tua ni pun meraung kena ulcer, budak lagik lah.

Kaklong call mak bagitau Syahmie sakit mulut. 

Sampai je dekat rumah kaklong mak kata Syahmie tak berenti nangis. Mulut tu dah la memang jenis tak berenti cakap, sampai dah merepek macam ni:

"Tolong la ibuuuuuu....Abang sakit ni. Ibu tolong la cari ubat. Abang nak mati dah niii...."

"Sakit la nenek. Mati la abanggg.. Abang sayang semua orang niiii"

Hah sampai macam tu. Keras perut aku gelak masa mak cerita tadi. Hah tau pun kau sakit lah nak mati lah tapi kalau badan tu sihat, mulut kemain lagik.

Lepas tu bila dah habis setengah botol minum tu keluar la bijik bijik banyak atas lidah dia then mak dia bawak pegi jumpa doktor. Doktor sapu ubat then cakap tunggu sejam jangan makan atau minum apa apa.

Balik rumah, nenek pesan la kat dia "Abang tak boleh makan tau sekarang. Jangan mintak susu, jangan minum air masak, jangan makan apa apa satu jam" Boleh dia jawab "Haaa!!! Mati la abang macam tu tak boleh makan dengan minummmmm"

Kahkahkah. Tak mati pun sayang takat tak makan minum sejam tu. Aparraaaaa. Sakan la nenek dia gelak. Aku pun keras keras perut gelakkan dia. Tah ape ape tah.  Then agak dah ok sikit, Pakteh dia (adik aku) umpan la dengan laptop nak kasi dia ralit hilang sakit. So tanya la nak tengok Ultraman atau main games. Sah sah la ultraman pujaan hati. lagi mau tanya ka. 

Lepas tu pukul 2 pagi dia tido. Elok tak berbunyi dah sampai siang. Saspen betul la Syahmie Hazeeq ni.

Peace makde! Abang abiskan kuih ni sebalang k :p


2 comments:

Sr. Maryam Fatanah said...

comelnya budak ni..pandai pulak..tak tahan tgk gmbr ni..sbalang kuih dy yg punya

Lady RaRa said...

haha! lawak syamie drama king sungguh!

affan la ni kureng dah sikit dengan otromen

dia menggila transformers la plakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!