Elok je pun surau dia...

Wah wah wah kau kak rye laju rembat entry aku. Kahkahkah.

Nih nak cerita, aku bersyukur gila lah surau dekat stesyen minyak ni selesa. Boleh tahan luas. Takde bau busuk. Tak kotor. Ada telekung kalau terdesak sangat tak bawak telekung macam aku. Hoi Big Baby, tolong bawak telekung aku esok! Ada cermin besar kau nak tacap tacap mekap mekap, ada kipas angin. Hah. cukup lah tu. Kau nak apa lagi kan?


Atas sebab sebab tertentu tak payah lah aku cakap ni stesyen minyak apa, tapi kalau kau orang familiar, tahu lah stesyen apa. Yang aku pasti, satu hari nanti sebelum berhenti kerja, aku akan pegi cari Manager stesen minyak ni aku nak ucap terima kasih banyak banyak sebab sediakan surau yang lengkap macam ni. Sumpah aku akan cari dia. Sumpah! Kalau tak jumpa, aku pesan je la kasik nota kat pekerja dia.

Tempat wudhu dia nampak macam buruk berkulat kan? Padahal tak ok! Dia jenis yang batu batu tu. Bukan simen bodo. Lagi kau tak bersyukur ke? Tak payah kau nak pegi amik wudu kat tandas ulang alik masuk tempat solat. Tak payah!  Tu ha tong sampah pun siap ada. Lantai, lantai dia marmar bhaaaiiiii. Sekali lagi, bukan simen bodo! Siap ada ayat ayat suci tergantung. Lepas tu ada hanger kain telekung lagi. Ada penyidai. Ada para kau nak letak bebedak maskara lipstik blusher eyeshadow kau bagai supaya tak susah payah bangun duduk bangun duduk nak mekap, cermin gedabak gila besar dia letak. Boleh la belek jerawat. Tu ha kalau agak nak pahala lebih, amik penyapu tu tolong lah sapu surau tu ha. Esok aku buat. Arini tak sempat. 

Lagi kau nak apa? Jarang nak dapat tempat best macam ni. Yang penting bau busuk takde! Aku nak je beli freshner letak dalam tu. Sedap jugak apa ada bau wangi wangi sikit. Tapi kang seram pulak masuk bau bau wangi ye dak?

Aku pun takde lah baik mana, tapi bila dah tua ni, kadang kadang rasa tak sedap hati tu ada bila kau tak mengadap Dia. Nak nak lagi time kau dalam keadaan yang huru hara tengah serabut kepala, susah hati, tak tenteram, neves nak hadapi benda baru dan lain lain lah. Mulut tu kemain lagi pandai sangat Ya Allah Ya Tuhan Kau bantu lah aku Hamba Mu ini dalam kesusahan dan kebuntuan Ecewahhhh...mulut tu pandai sangat bercakap, tapi takat cakap kosong nak merintih bagai tak payah derrrr. Anak sedara aku pun pandai Ya Allaahhhhh...

Sekarang kau cakap dengan aku, apa lagi alasan kau nak kasi untuk tak payah menapak lima minit untuk pergi solat??



3 comments:

Lady RaRa said...

i like!

kak rai percaya nak hidup dan nak mati sebagai orng islam, buat yang 5. yang 5 tu maknanya rukun islam la kan. kalau tak, tak panggey rukun!

kalau yang 5 tu macam gigi orang tua rongak, pakai tudung belengas kepala pun, takkan hang hidup dan mati sebagai islam

foundation tu yang penting. ni dak, meleis ni, bila pakai tudung saja dan dan tau dah orang tu masuk neraka ka masuk syurga

ni ada yang ustazah pakai tudung tapi murtad, apa cita derrrr!

Cik Bambam said...

org sediakan tmpt beribadat mesti lar kemas2 ek..baru selesa nak menghadap Dia.. :P

sweethOneY said...

betul ! sokongggg.. surau dia selesa je, takde alasan taknak pergi solat melainkan malas !