Perjalanan balik ke KL agak mengerikan jugak lah hari tu. Hampir hampir Dah menangis pun sebab penat, letih , rimas, lemas dan macam macam hal lah. Aku tak tau kenapa aku tak boleh tunggu hari esoknya untuk balik. Padahal bukan tak biasa dengan keluarga Sya. Mungkin sebab Sya dah kena tinggal umah mak mertua dia so aku macam alah malas nya nak balik rumah mak dia dah.
Mula mula dah call KTMB. Ingat nak naik itu je dari Kangar, sekali keretapi memang haram la ada kosong. Entah mana datang maknusia entah lah Malaysia neh. Ni ha lah neh, yang haram je dah sejuta lebih. Eh pegi balik negara korang boleh? Tak payah nak menyemak sangat kat sini.
Jadi, tumpang lah family shida sampai Stesen Bas Kangar itu pun dah macam sempit gila. Aku terpaksa la tebal tebalkan muka. Dah nak buat camana kan.
Sampai bas station, semua tiket ke KL sold out. Aku pelik gila apehal nak sold out. Esok (Isnin) korang semua dah start keje dan sekolah kan? Pegi lah balik awal awal. Nak jugak balik menyempit last minute. So, choice yang aku ada ialah naik bas ke Alor Star (dia kata bas akan datang pukul 3:30 petang). Lepas tu dari Alor Star ambik bas ke Butterworth dan dari situ pandai pandai lah aku nak hidup. Luckily pernah ada experience macam tu so takde lah cuak sangat even dulu tu ramai ramai. Ni aku sorang. Ah, pelantak lah!
Sejam lepas tu bayang bas pun tak nampak. Aku dah down gila dah kat situ. Pegi Maybank kejap nak topup incase jadi pape kang takde kredit plak nak call sana sini kan. Apahal hah orang Perlis nak pelik sangat orang pakai baju kurung -_-“ pfftttt.
Pukul lima macam tu (dah lepas nangis ni, rasa loser gila babi), tawakal la pegi satu kaunter ni tanya tiket. Sekali eh dia kata ada. City Express. Harga pun not bad. Murah. Takde la mencanak gila naik. Oh ok ok terus beli. Dia kata bas pukul 5. Ok Yippie dah boleh senyum.
Bas datang, sangat selesa, seat besar gila. Best. Aircond pun boleh tahan. Makcik sebelah aku sibuk tegur baru kawin ke -_-“ pasal pakai inai. Ya ya kawin dah. Mana laki aku pun entaaahhh. Bila orang dah penuh aku pun get ready la apa yang patut. Siap beli magazine, air bagai ni. Hairband pun dah uraikan. Rimas. Aku nak tido je. Penat. Serabai pun pelantak lah. Pejam mata, set…
Sekali driver bas datang. Dia mintak aku dengan makcik sebelah ni yang nak pegi KL turun. Kata dia tiket kitorang tak masuk sistem pasal bas tu nak pegi Melaka actually so kitorang dua je yang sesat dan bas tak nak masuk KL. Ah konon lah tak masuk sistem padahal kau yang tak nak masuk KL kaaaaannnnn???
Aku pun sentap gila ah. Aku dah serabai macam ni kau suruh turun. Dia kasi choice naik bas Jelita pukul 7 atau bas persiaran Shamisar Holiday pukul 6:30. Of course lah nak naik yang paling awal kan! Takde makna aku nak melepak lama lama kat situ. Hari pun dah gelap kooot. Makcik tu lagi kesian pasal anak dia masuk hospital so dia nak pegi tengok anak dia lah. Suwey betul lah company bas neh. Menyirap je aku rasa.
Tunggu punya tunggu takde jugak bas pukul 6:30. Dengan magazine aku dah basah kena air macam haram betul. Rasa nak menjerit je kat situ. Geraaaaammmmmmm!!!!!!!
At last, bas sampai pukul 7:15 malam. Aku dah macam apa dah.Sekali seat belakang sekali yang tinggi sikit tu. Amik kot. Dah macam jadi tontonan umum aku rasa. Pelantak ah!! Bersila, on aircond kuat kuat, tutup muka dengan pashminar, tido. Lantak korang la nak tengok aku. Dengan bas terlambung lambungnya memang terbaik lah kan!
Sampai puduraya pukul 3 pagi boleh? Satu hal pulak aku nak suruh abang amik. Dah la stok jenis suka drop orang depan hotel pebende tah tu nama dia. Ancasa ke ape. Ape kau tak leh drop je depan Maybank? Satu hal pulak aku terkial kial nak jalan pegi sana. Dan terbaik lah kan hujan pulak tu. Yeaayy!!
No comments:
Post a Comment