Padah mangga jeruk terhadap handphone

Adik adik..kau orang kenal handphone Nokia 3310?
Abang abang dengan kakak kakak duduk diam diam ye. Haha.

2003, Masuk kolej. Yayasan Pahang kasi RM500. Masa tu Nokia 3310 harga dia kalau tak salah seratus lebih. Ke dua ratus entah. Hint hint dekat emak nak beli handphone. Biasalah, darah tengah panas, nak jugak ada apa yang orang lain ada. Kalau tak ketinggalan lah ye tak? Hah Loser. Mak malas nak layan perangai buruk anak dara dia terus kasi beli. Aku pulak hati bukan kepalang suka.

Kuantan Parade, Masa tu harga simcard mahal lagik. Nombor pulak tak nak kalah. Nak yang special je. Aku tak ingat nombor tu. Pasal dah lama. Hilang pulak tu. It was 0199770997 macam tu lah lebih kurang. entah lah. Sumpah aku lupa. Tapi banyak lah nombor sembilan dengan tujuhnya. 

Hey masa tu Nokia 3310 sangat popular okeh di kalangan student yang sengkek macam aku. Ah janji dapat telefon sudah lah. Nokia 3310 ni sumpah kebal. Aku pernah frust dengan x-bf selamba balik handphone ni ke dinding, eh boleh guna lagik. Tido kat hostel katil atas tak payah cerita lah berapa kali jatuh kan. Berkecai pasang balik. Berkecai pasang balik. Ringtone dia pun rare ah. Mana ada lagu lagu macam sekarang. Kau orang cikai cikai beli telefon sekarang dah boleh ada lagu, skrin kaler kaler. Kamera, 3G, Wifi jangan ceritalah. Haraaaammmm. Design Nokia 3310 ni pun boleh tahan kacak ok. Kaler biru. Lepas tu dulu letak sticker kat belakang bila tengah bercakap dia akan kelip kelip. Kalau malam cantek ah. Kenal ke tak ni Nokia 3310 ni? Kalau tak kenal, nah sila berkenalan.
Gambar Google Here
Setahun kemudian, jalan jalan dekat Kuantan Parade shopping itu ini, handphone tak sempat nak bubuh dalam beg. Main campak dalam plastik sekali dengan barang-barang. Balik hostel mandi lepak lepak dalam setengah jam macam tu kot. Lepas tu selongkar barang-barang yang dah beli tadi. Eh eh habende yang panas sangat ni???

Tengok tengok henfon gue. Pegang handphone gila panas nak mati. Bukak bateri tengok bateri terhakis. Dia punya panas macam nak meletup handphone tu. Takut sungguh aku.

Minggu depan nya, 
Aku :  Mak..handphone rosak. Nak beli handphone baru
Emak : Banyak duit kau?
Ah aku tau takde duit tapi ergghhh.
*macam ni lah lebih kurang perbualan dia*

Moral : 

  1. Kalau korang makan asam/mangga jeruk pegi ah buang cepat cepat plastik dia hokey! Nak nak lagik yang ada balance air asam tu.
  2. Handphone tu letak elok elok dalam beg, jangan campak dalam plastik asam tadi tu.
  3. Beringat sebelum kena. 
  4. Warrgghhhhh!

6 comments:

Ain Rosmi said...

Wahaha, 3310 dalam kenangan.
Hanset pertama ku jugak.
Dah tahap klasik boleh masuk muzium dah hanset tu.

The Nurul said...

@Ain Rosmihahahaha. tu lah pasal. eh hanset tu ade lagik? i ada satu duduk terperuk dalam laci tapi bukan yang first hand lah. yang beli lain.

LadyRye said...

aku cuma nampak yang perkataan 'jeruk'

wadehel sungguh la!!!

The Nurul said...

@LadyRyeNaseb ah kak. Hahaha. Pi suh Mr. Boss bli. Kalau dekat buleh gak aku mai antaq kan.

Emilia Emira said...

my first phone...uwaa~

The Nurul said...

@Emilia Emiraerk..kenapa mesti uwaa? ada memori jugak eh? meh share.