Makanan Asasi Rakyat Malaysia

Sarapan pagi = Malaysia = Roti Canai

Aku baru je lepas makan roti canai. Berapa ramai yang tak pernah makan roti canai? Tak payah nak menipu.

Dulu dulu aku paling tak suka makan roti canai sebab terbayang2 tangan dan peluh peluh orang yang menebar tepung tu. yaaaawwww geli okeh. Lepas tu perut macam tamak. Setakat makan sekeping macam tak kenyang. Baik makan nasik lemak. Eh nasik lemak pun tak boleh. Nanti macam makan dadah dia punya efek mengantuk. 

Last two months pegi Baling, Kedah pasal  kawan kawin. Dapatlah satu roti canai  dan nasik lemak murah gila. Mana ada nasik lemak 60 puluh sen lagik dah zaman sekarang kan? Tapi dekat sana ada. Roti canai dia pulak sedap, tak berminyak langsung. Garing. Boleh makan macam tu aje. Aku dan mak sampai order 3 keping. Tapi share lah. 

Mak aku sampai sekarang kalau pegi sarapan dekat luar akan compare dan cerita kesedapan dan kemurahan nasik lemak serta roti canai dekat Baling.

Roti canai dekat sini? ergghhh...sekarang aku rasa nak muntah. bilas tekak laju laju dengan air masak. 

Ni makan roti canai ke makan tepung dengan minyak???


No comments: