Padah Nescafe 3in1

Korang suka minum nescafe? Tak kira la nescafe o, kosong, susu, 3in1 adik beradik dia la tu. Aku mendadah jugak dengan Nescafe ni. Sehari tak dapat tak sedap tekak. Tapi lepas baca ni haishh memikir jugak nak minum.

Dapat ni dari facebook. Meh nak share. Betul ke tidak Wallahua'lam.
Kawan saya (dah arwah) dari usia muda, pagi nescafe 2X, petang nescafe 2X, malam nescafe 2X. Depan mata saya, bangun dari kerusi, kaki dia terus patah, tulang dia reput
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

Dikenalpasti:
  • Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  • Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  • Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  • Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  • Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  • Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  • Tapak tangannya.semakin basah.


Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
  • Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
  • Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer 
  • Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 
  • Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 
  • Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 
  • Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 
  • Elakkan mandi selepas makan 
  • Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 
  • Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
  • Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. 
Sumber : Facebook


Scary kannnn?? Cuak aku bila baca kaki patah reput segala tu. isk... Part makan benda benda berminyak tu memang lah tak baik untuk jantung.  Nak minum air manis? minum lah. takda sapa nak larang aih. Tak salah nak minum air manis tapi pastikan bilas balik dalam badan tu dengan minum air putih/air kosong. Sila la minum air putih banyak banyak. Kencing tiga puluh kali sehari pun takpa aih.


2 comments:

Cik Bambam said...

3 in 1 jek ker beb?aku ni suka benor ngan nescafe..tp idok ler 6x sehari..1x sehari jek lar..kang pening kepala!kih3..

De' Nurul said...

@b a m b a m ' saku pun tak gila kot nak minum sampai 6x sehari. secawan sehari jadi la.