Check Bayaran Balik PTPTN

Untuk mereka-mereka yang terikat dengan PTPTN, semoga dapat manfaat :)

Dah pandai pinjam tu pandai la pulang balik kaaaannnnnn.

Aku ni tak de lah bijak pandai sangat. Belajar dulu pun mengharap duit PTPTN jugak. Tapi bila dah kerja jangan lah jadi macam kacang lupakan kulit pulak kannn. like time kau nak dia kemain lagi heh janji manis dah kerja nnt bayar balik. bila dah dapat, enjoy, dah keje haghaaammmm nak bayar balik. no good! no good!!

Jadi..aku selalu bayar thru online saje. Maybank2U. Mudah dan senang gila. Tapi..macam mana nak tau balance yang perlu bayar? Sebab aku tak pernah dapat surat dari PTPTN pun.

Maka ini cerita dia. Pernah dengar EFES? e-Financing Educational Solution? epay?



Ini interface dia.

Macam mana nak dapatkan nombor pin? 
  • Kaedah Pertama : Call hotline PTPTN 03-2080 4455
  • Kaedah Kedua : Pergi mengarang serba sedikit maklumat diri, nama & nombor kad pengenalan dan emailkan ke webmaster@ptptn.gov.my
Check email anda. Bila dah berjaya dapatkan no pin, terus saja login.


Ini interface ke dua. Dia akan paparkan maklumat kita dan juga rekod-rekod transaksi bermula dari jumlah yang sepatutnya kita bayar.

Kalau nak tengok semua transaksi/pembayaran yang dah kita buat cuma klik  lihat terperinci
Haku tak mampu kot nak bayar sedebuk tiap tiap bulan. Jadinya, kita bayar secara konsisten saja lah. Sabar lah. 2 taun lagi beres la tu. Hehe. Dua taun kejap je kan. Alah..asalkan kau bayar secara konsisten dan nama tak kena blacklist itu dah memadai aku rasa. Mana mampu kot nak bayar sekaligus. 

Dulu sebelum dapat skandal dengan JPA, berjinak jugak lah dengan PTPTN dua bulan lebih kena dekat 7k, sekali JPA bayar sedebuk 7k tak payah lah baik hati bayar semua kannnnn..Sikit sikit sudahhh. Hahah. joli katak lah sekejap kan. Bahana dia sekarang ni lah. Masak lah kau dua taun lagik.

Eyh, duit JPA dulu guna sikit beli henfon. Tak mintak duit mak abah pun :( dah dekat 4 taun umur dia tau. Walaupun sangat buruk dah rupa dia tapi sayang woh kira duit sendirik tuh. Betapa jimat nye haku. Jimat kah?


7 comments:

intanurulfateha said...

x byar lagik yg mase dip punye >.<
tu pun sbb tgh buat dgree
mmpus nk bayar both T__T

De' Nurul said...

nnt da keje paksa diri bayar. kalau tak memang mati.

Aku said...

senang.
tak payah beratur panjang.

De' Nurul said...

aah. sangat mudah. golek golek atas katil pun dah setel.

De' Nurul said...
This comment has been removed by the author.
Melle Abadi said...

yeah, kadang2 kalau beli guna duit sendiri lagi worth

De' Nurul said...

@melle. memang. rasa sayang kat benda tu lain macam sikit kan.