Resign.Quit.Resign.Quit

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tujuh bulan aku kerja company ni. Dari suka suka part-timer bulan puasa terus drag sikit sikit. Masa bulan puasa program sebulan ramai gila kerja sebab budak budak lepas SPM ramai. Lepas tu sorang demi sorang blah, tinggal aku, Jason, Khairul, David, Elaine, Chin Sin, Venu. Lepas Venu dengan Chin Sin blah, tinggal lah aku dengan budak budak admin & account joint venture. Lepas tu diorang pun blah. Gila ah. 

Manager account pun blah. Hebat betul company ni setahun tiga orang manager. Orang, kalau ikut logik, manager tukar at least tiga taun sekali. Itu at least lah. Ni takkkkk... Scary kan office ni? Wahahahahaha. Sapa salah? 

Big boss ah..mengarah bercakap tak pakai otak. Main belasah je kau nak mengamuk marah dekat situ. Sapa tahan beb? Kalau aku pun angkat kaki. 

Khairul pun dah resigned. Elok la tinggal aku terkontang kanting. Lepas ni turn Norren. PA dia. Lagi lah haru! Tiba tiba kelmarin Elaine kata dia last day. Hahahaha aku dah tak tahu nak cakap apa. Aku pulak memang selesa je kerja situ sebab bos aku ok most of the time. Time gila dia sabar je lah sekejap. Lagipun dia tak penah marah marah aku. So aku selesa.

Tiba tiba bila semorang nak berhenti ni, Jason dah warned aku jangan quit. Jenis aku, kerja aku tengah buat aku takkan buat separuh jalan kalau takde sebab yang munasabah. Jadi takpe, aku kata aku boleh buat sampai habis. Tapi!

Kalau big boss masuk campur marah marah aku tak ketahuan sebab, bukan salah aku, marah sampai aku menangis, siap! Memang aku angkat kaki. Itu aku cakap awal awal dah dekat Jason. Jadi, sila jaga aku bebaik. Al maklum lah, cengeng ni. Cepat sentap! Hahaha.

Hasil dari ke-resign-an semorang ni, minggu ni kepala aku berat. Hari hari sakit kepala. Tengok file menimbun, tengok report, tengok macam macam ah. Sakit kepala betul. Lepas tu cantik perangai manager aku ni..client client sampah semua nak tabuh atas kepala aku Semua nak kena pamper macam babi, eh baby. Pastu aku buat muka, terus Jason..er ok ok i'll call them first.

Ha tau pun kau! Kahkahkah. 

Jadi, jaga lah aku baik baik ya :)


1 comment:

Izzatul Azma said...

erghhhhh bos aku ni pernah buat aku menangisssss dia bukan marah gila-gila pun tapi ai ni pun cepat sesentaps. tak boleh memarah