It's Sunday!

Semalam lepas abang balik dari Perak, kitorang keluar, abang & others pegi Klang, aku pegi Jalan TAR. Kononnya nak cari baju untuk holiday. Tapi tak tau nak cari baju ape. Tapi tau ada pasar malam saja jalan nak cuci mata. Dah la train lambat. Pukul 6 lebih baru sampai Jalan TAR. Pusing punya pusing tak tau nak beli apa. Dah la barang yang Kak Ipar ngan Ad kirim aku tak dapat cari. Takde yang berkenan. Sebelum balik tersinggah SOGO dan tershopping -_-" Balik train buat hal. Nama je train baru tapi aduyaaaiiiii break mengejut manjang. Sakit badan aku kena himpap dengan orang sebelah.

Ok enuff.

Tengahari tadi tiba tiba decide nak buat nasi ayam. Mak mertua abang still kat rumah. Perasan ni nak buat. Dah la first trial, nak jamu orang. Gila betul. Nasib baik jumpa resepi simple dan sedap. Dari nasik, sup, sambal, kuah kicap alhamdulillah semua jadi. Licin! Tapi sebenarnya aku bet diorang semua kelaparan. Tu yang habis kot. Hahahahaha. Tak payah puji masakan sendiri sangat lah kot.

Penat mengemas dapur. Membasuh sebenarnya. Aku malas nak amek hal sangat dengan tetamu tetamu ni. Tau dah, as expected, sehari lapan puluh kali pun belum tentu setel lagi ulang alik basuh pinggan, kemas meja, sapu sampah. Budak budak. Paham je ah. So mindset, dont bother. dont bother!

Petang, bawak budak budak ni mandi kolam. Seriously, aku pun baru ni la first time celup kaki dalam kolam kat sini. Not bad lah kolam dia. 

Nampak mak tiri garang jerit sana sini takut anak terjun kolam dewasa tu? Nampak?

Aku rasa aku esok jadi mak teruk ni. Paranoid & So Over Protective Mommy tapi Ad kata ok je? Ok? Hahahahah esok besar memberontak anak aku dapat emak yang garang gini ha.

Moment ni takde lah best mana pun tapi just to share dan ok, bye.



1 comment:

sweethOneY said...

amboi garangnya mak tiri ! Hahaha aku nanti pun kalau dah ada anak tataulah garang cemane T_T