Monyet Monyet UUM

2006.

Kelas pagi dan aku lambat.

Tapi kena naik bilik Manis dulu. Blok E. Tingkat 4. Nak ambik barang. 

Sampai dekat second floor tangga, aku naik, dongak..alamakkkkk!! Ada sekor monyet garang tengah parking baek punyer dekat atas besi palang tangga. Cantik dia stare dekat aku. Ah sudah. Nak lalu kepala dah terbayang kena terkam dengan monyet ni jap lagi.Iskk ape aku nak buat ni.

Aku pandang dia, dia pandang aku. Pastu dah semacam. Aku dah cuak ni. Terus amek file tutup muka. Isk, camana la nak halau menatang ni. Macam macam bunyik dah aku buat. Siap hentak hentak kaki nak takutkan dia. Hampeh! Takde larinye. Lagi sedap dia bertenggek dekat situ. 

Last last aku pandang handphone. Aha! Pasang lagu, turn out volume paling kuat. Lantak la memekak pagi pagi tu. Sambil aku hentak hentak kaki. Dan pejam mata. Punya la takutkan monyet tu terkam aku. Hahahahaha. Lama kot! Dah lama tu angkat kepala, eh! Dah hilang? Bila masa entahhhhh.

Nasib baik pagi buta takde orang lalu. Kalau tak mesti orang cop aku gila sebab berdiri tutup muka dengan fail, pasang lagu kuat kuat hentak kaki macam nak berkawad. Kau dah kenapa? Hahahahaha! Terus lari pegi bilik Manis sambil memaki monyet tu.Tak guna betul. Buat spoil mood pagi pagi. Cis!




3 comments:

sweethOneY said...

teringat aku pun ada kawan nama manis masa dekat matrix melaka dulu

Cik Bambam said...

apa ko buat kat paras aku? hahahahahhaha... kita org lantik monyet tuh jd bodyguard tau! hahahaha

De' Nurul said...

Izza, member aku ni budak Siam. Nama Maniza. Tapi kitorang tukar jadik Manis. Hahahha.

Aida, hahahah jalan jalan pagi hari. Amboi, siap bodyguard. Over!