Ini penting ye adik adik. Sila ambik perhatian.
Lepas aku siap renew atau dalam erti kata lain nya, buat passport baru tadi, turun bawah ingat nak pegi makan sekali lalu depan Jabatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Eh, nak pegi apply IC baru lah.
Lalu aku dengan berkobarnya pegi dekat Kaunter Khidmat Pelanggan. Cantik eh perangai rakyat Malaysia ni. Kau dah lah tak queue, lepas tu sedap rasa je pegi depan aku, aku nak bertanya time tu la kau nak tanya. Yang tukang jaga kaunter pulak lagi best! Faktor tua tu satu hal, dah lah tak friendly, muka kerek gila. Aku ni sikit punya manis dah tune muka aku, soalan aku simple je "Puan, saya nak tanya apa procudure untuk apply IC baru?"
Sepatutnya aku dah berhemah gila susun soalan tu, kau tak boleh ke nak berhemah jugak jawab "Cuma ambil nombor, tunjuk IC, berurusan dekat kaunter dan bayar rm10 cik." Gitu kaaannn. Tapi ape makcik ni jawab ke aku? Dengan rushing yang aku tak tau ape benda yang dia nak kejar, "Takde takde procedure. Awak ambik je nombor ni duduk tunggu giliran" Kata beliau sambil kalut print nombor untuk aku. Aku dah terpinga macam hapa. Eh? Aku nak tanya je kot Makcik oih. Ambik nombor tu sah sah la kena tunggu lama baru sampai turn aku yang hanya "Untuk procedure sahaja?"
Ok. Ambek nombor.
Ok. Ambek nombor.
Aku dengan muka kelat nya duduk la jugak. Lepas tu terfikir, eh alang alang buat je la baru. Bila lagi nak keluar pegi buat kan? Pegi toilet betulkan betulkan tudung, praktis senyum #facepalm! Hahahhaha then masuk balik tunggu turn.
Ok ini part penting!
Sampai turn aku ok la pegawai tu baik, sopan tak macam makcik tu. Ah sorry aku masih panas dengan makcik tu. Sekali dia kata "Saya rasa awak kena denda ni" Aku dah ah sudah denda banyak mana ni. Aku mana bawak cash hoi. Ada RM50 je dalam purse. Isk. Pastu dia semak dia kata kena denda RM40. Ommaaaiiiii!! "Hah? Kenapa cik?Denda apa" Sambil dia gegelak. "Ha awak ni degil ni. Dah lepas 6 tahun tak nak tukar IC lagi" Aku sumpah blur. Dia dok gelak main main ngan aku. "Cik, IC lepas umur 18 tahun sampai umur 24 tahun, kena tukar IC baru. Kalau tak kita denda" Ya Tuhaaannnnn sumpah aku tak pernah tahu kena tukar. Kau orang tahu?
Selesai sesi cik-kena-denda & eh-saya-tak-tahu-kena-tukar-pun tu, melayang jugak lah RM40 aku.
Tu satu hal.
Satu lagi, time nak ambik gambar untuk IC baru (naseb i mekap uolls! tak lah kampong sangat kan mukaaa) kerusi dia licik yuollss!! Dah la condong ke bawah. Aku seksa gila. Mana nak tahan badan jangan jatuh, mana nak senyum manis manis. Dah macam ape. Bahu dok tegak tegak dah. Aku rasa kalau jatuh memang drama gila tadi kat situ. Baju kurung aku pun licin. Ha elok!
Lepas amik gambar aku komplen ke pegawai tu kata kerusi licin nak jatuh. Dia pun buat muka cuak. Suka lah aku pasal dia care. Tak macam makcik tu. hahahhaha makcik lagi. Nasib you lah makcik! Sape suruh berkerek dengan i kaaannnn!
Pengajaran nya adik adik :
LEPAS UMUR 18 TAHUN, DALAM TEMPOH 6 TAHUN YAKNI SAMPAI UMUR 24 TAHUN, SILA LAH PERGI TUKAR KAD PENGENALAN ANDA KALAU SAYANGKAN RM40. BAGI YANG KAYA TIDAK MENGAPA.
Maksalah dia, aku tak pernah tahu kena tukar kad pengenalan lepas umur 18 hoi! Kawan kawan dan kakak aku yang aku tanya pun majoriti tak tahu ok. Kerajaan, sila la buat pengumuman sikit ye!
Masih tak puas hati ni.
Bye.
2 comments:
meme kene tuka la ahkak chantek ^^
eh,taktau pon kene tuka kakde?peraturan tahun bila kejadah tu?huhu
Post a Comment