Penakut dan Penggeli

Mengimbau kembali zaman kampus..

Semester ke...ok tak ingat. Aku join program anak angkat anjuran MPP dan berperanan sebagai one of the bureau. Kejap kejap nak recall. Tak ingat ah mana satu. Hahahah sebab banyak sangat join program ni. Ok nevermind.

Program tu di buat dekat kampung pedalaman jugak la. Jeniang ke Sik ke mane entah. Dan rumah yang aku dapat tu not so good, not so bad. So-so. Kawan aku dapat rumah yang kira elok sikit la rumah baru tapi bilik mandi kat luar rumah, mandi kolah, keliling tu dengan atap zink. Bole? Atap bumbung takde. Kitorang siap mandi tengahari sebab panas sangat. Dah la mandi mengadap matahari. Tengah tengah alam pulak tu. Gila rasa macam jadi tontonan umum. Tapi tak lah. Rumah dia jarak dengan rumah jiran jiran memang jauh so jangan risau, memang takde orang nampak. Kot. Itu kolah. Kalau telaga? Lagi epic aku rasa.

Jadi, berbalik dekat rumah mak angkat aku tu..ada satu malam tu ada kenduri dekat rumah orang kampung tu, kitorang pergi lah. Kenduri ke sambutan ape entah tapi ada ceremony la. Lepas tu aku balik dah lewat gila. Balik dengan ayah angkat. Sampai sampai kat rumah orang semua dah tido.

Aku dengan muka berlengas, dengan nak terkencing masuk la bilik air. Sekali....

Baru selangkah masuk nampak katak banyak gilaaaa kaaauuu!!! Sana sini katak. Nak menangis aku rasa. Dah la nak terkencing gila ni. 

Penyudahnya, tahan sampai pagi. Masuk tido. Ngeri gila aku nak masuk bilik air dia dengan katak berkampung dalam tu. Ey, memang tak lah!

Sekarang dah lost contact sebab masing masing tukar phone number tak update =_=


1 comment:

sweethOneY said...

teringat balik kampung kat alamak, nk sebut nama tapi lupa. tapi Kedah la, dekat-dekat Jeniang kot. Mandi air kolah. Nasib takde katak. Hehe aku penggeli jugak