Sebak..sayu..air mata berlinang lagi.
Dian Natrah pergi tak kembali. Syurga untukmu sayang. Alfatihah.
Pukul 9 lebih malam tadi, abang pergi HKL tengok arwah. Dalam pukul 10 dia call bagitau bad news ni. Masa dia sampai tu pun dah setengah jam arwah pergi. Semua pun terkilan. Arwah terus di bawak balik ke kampung abang Idan dekat Perak untuk kebumi dekat sana. Baca status kak Diana lagi menitik air mata aku. Katanya, meriba jenazah anak sepanjang perjalanan. Kasih mak dan ayah sampai ke syurga. Menaip ini pun mengalir air mata aku. Allahuakbar sebaknya rasa.
Abang dengan Kak Nelly gerak pegi Perak pukul 12 tadi. Aku tak dapat ikut sebab mak mertua abang ada datang, jadi takkan nak tinggal diorang. Adam pun dah tido. Takpe lah, lagipun abang lagi rapat dengan abang Idan. Biarla diorang pegi.
Dian...dulu Makde, Ummi berangan kalau Dian panjang umur, dah boleh berjalan kami nak pakaikan Adam kot dan Dian gaun kemudian kita pergi taman ambil gambar. Mesti seronok kan? Tapi..tak sempat. Terkilan rasa..
Apapun, Kak Diana dengan Abang Idan beruntung sebab Allah bagi peluang beri yang terbaik untuk arwah. Boleh sedia mental fizikal, boleh redha kalau jadi macam ni berbanding dengan anak anak yang meninggal eksiden atau benda benda tak di duga. Lagi, Kak Diana dengan Abang Idan beruntung sebab dah ada anak yang menanti di syurga.
Makde tak tau nak taip apa, berat, pedih dada. Makde terbayang Dian tengah berjalan, senyum ketawa ceria dan bahagia. Allahuakbar....
Gambar dari FB Kak Diana |
Makde tak nak letak gambar masa Dian kesakitan. Makde cuma nak tengok Dian senyum dan gembira macam ni. Makde nak ingat muka Dian yang macam ni sampai bila bila.
Untuk Kak Diana dan Abang Idan, semoga Allah menghadiahkan sesuatu yang lebih rahmatnya atas musibah ni. Amin Ya Rabbal Alamin.
Allahuakbar.
1 comment:
aslm...izinkan saya berkongsikan kisah arwah adik dian ni di blog saya..terima kasih...al fatihah buat ARWAH ADIK DIAN..sedih baca entry ni..
Post a Comment