Renew Passport!

Bersejarah gila kisah aku nak renew ni. Jason kata, jangan lupa renew passport, if not nanti lambat lambat takut tak sempat. Aku pun iyakan je. Dia kata Rabu (semalam) nak pegi KDN Jalan Duta, dia suruh ikut pegi renew. Aku ok je. Angguk.

Dengan satu benda pun tak prepare, kecuali gambar passport size yang memang ada dalam purse dan aku tengok, ok lah. nice jugak. Boleh guna. Done. Jalan.

Sampai sampai KDN, ok owww!! I forgot to draw money!! Dalam purse ada RM50 je hoi macam mana ni??? Message Khairul dia tak datang KDN. Message KJ, Ok KJ thank u so much jadi penyelamat hakak kau ni. Nanti i ganti balik ok! Dia dah gelakkan gelakkan aku. Hantu raya punya budak.

Naik atas, ambik borang, ok IC tak copy, turun bawah copy IC. Hamjad gila hoi copy IC sekeping kena charge sampai 40sen! Kaya cepat lah kau macam ni koperasi oiiiii! Tunggu turn dalam sejam jugak lah baru nombor di panggil. Orang pun dah start ramai. Tapi aku puji, service dia laju! Tak berenti mesin tu menjerit nombor giliran.

Kakak kaunter tu tanya tanya la aku renew nak pegi mana, eh boleh pulak kami sembang sembang. Hahahaha. So friendly, tak macam makcik kaunter perkhidmatan JPN (oh sakit hati tak habis lagi aku...astaghfirullahhhh) Hehehehe. Kalau aku jadi akak kaunter tu malas tanya kau renew nak gi mana nanti terliur seronoknya orang jalan jalan. Kekekekekeke. Ah kau, entah entah akak tu dah pusing satu dunia. Wahahahaha.

Lepas dah setel, bayar RM100 untuk tempoh passport dua tahun dan turun bawah lepak lepak sementara nak tunggu passport siap dalam masa satu jam.

40minit lepas tu aku naik atas, tunggu punya tunggu dalam 20minit, kakak kaunter panggil aku. Dia kata dia perasan muka aku jadi penunggu dekat situ dan nombor aku dah lepas. Maksudnya apa adik adik? Takk!! Bukan tak boleh collect passport! Maksudnya, service diorang laju tiptop gila. Sila tepuk! 

*Tapi passport lama dia gunting lah. Nombor passport pun lain.


Nombor giliran.Kau tengok? Lama kaaannnn tapi tak rasa sangat la. Service laju!

 Dan yang lagi besttttt..... Tarraaa!! 


Sobbssss. Bye bye passport lama. Dah kena gunting tak bole pakai.
Lain benar muka kaaannn? Lepas ni kita buat koleksi passport je lah ye. Padahal satu passport satu kali je kena cop. Apa kan daya, hakak tak banyak duet dek nak pegi obersi tiap tiap bulan T___T







2 comments:

sweethOneY said...

Lawanya gambar passport lama ittewww~ apa lain sangat muka ko baru 2-3 tahun hihi

nak pegi mana kali ni?

De' Nurul said...

Muka aku dia memang pelik sikit ikut suasana dan tudung. hahahaha. pegi mana? suprise supriseee!! takpe. nanti aku belikan ko FM k.