Jumaat balik kampung. Saja saja. Takde plan nak buat apa. Terus balik rumah mak. Oh ada nenek (orang pahang panggil wan) Tiba tiba adam macam excited gila main bola dengan moyang dia. Bukan main sebenarnya tapi more to bullied moyang dia. Mau tak suka, orang tua tu dah tak larat nak tepis bola dia then cakap "Moyang kalah la macam ni. Adam menang" Amboi mengekek ngekek suka sebab moyang ni mengalah. Siap record bagai. Ada lah jugak kenangan Adam dengan moyang. Tapi bukan bola berat. Bola besar yang ringan tu. Tapi moyang frust tak reti bersembang dengan Adam pasal dia berlagak. Balik kampung suka over. Speaking. Duduk rumah tak nak pulak.
"Oyang...Where are u oyang?" "Nenek...wheres duck nenek?" "I want milk. Four!" "I want elephant! Woaaa big elephant!" Merujuk kepada fridge magnet gajah dekat peti nenek. Dan macam macam lagi lah dia tu. Sudahnya moyang dia cakap "Tak reti la moyang nak bercakap dengan cicit ni. Bahasa orang putih je"
Esoknya semua keluar ke rumah kakak. Mak pegi kursus haji. Kami hantar nenek ke rumah Makcu. Dan balik lunch kat rumah kak long. Happy gila dapat kumpul ramai ramai. Dalam pukul 4, aku pegi saloon dengan kak long. Memang dah lama pun niat nak potong rambut. Setaun dah rasaya tak pegi potong rambut. Mintak la V-Shape. Aku tak harap sangat pun jadi cantik rambut tu sebab selalu kalau pegi potong mesti hasil dia tak memuaskan hati aku. Jadi, tak kisah sangat lah. Potong je lah. As long boleh ikat ok lah. Sudah lah sebelum potong tu dia dah merungut dekat partner dia, dah penat lah, peninglah pasal pregnant kot. Aku memang dah cuak dan redha serta pasrah je la apa jadi dengan rambut aku.
Bak kata Lisa, "Redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah" Hahahhaaha. Maka, aku redha dan pasrah je lah.
Then mintak dia cuci sekali. Mak aih!! memang best gila kakak tu ramas kepala aku. Berdetak detak dia tarik rambut. Lepas tu urut tengkuk, urut leher. Amboi. Sampai tertido. Puas betul! Sebenarnya aku malu jugak lah pasal sebelum pegi potong tu rambut memang dah berapa hari tak cuci. At least kalau nak pegi potong tu cover lah sikit dengan masalah kelemumur ape bagai kan. Ni tak, immediate aku buat keputusan nak pegi potong, maka hadap je lah kakak tu dengan rambut berkelemumur. Yikes! Pengotor betul. Then kakak tu pun tegur jugak lah "banyak kelemumur awak ni dik." Aku dengan muka panas nya "hehehe..saya dah berapa hari tak cuci ni kak. ni pun tak plan datang potong rambut ni. biasa la kalau tiga empat hari tak cuci memang masalah sikit" Kantoi aku. Ces!
Masa kakak tu cuci rambut aku, dia suprise gila pasal dia kata rambut dah kusut ingatkan bila cuci banyak la gugur, ni satu pun takde. Sebenarnya, aku pun cuak jugak kena bebel dengan kakak ni kalau rambut gugur banyak nanti. Sudahnya aku pun suprise takde rambut gugur. TAPI! Dia tak tahu sebelum aku datang potong tu, dua tiga hari asal usap rambut je siap la beguguran sekali.Dah rupa ada anak menyembur dok gugur gugur rambut. Ahahahahaha.
Balik rumah, waahhhhh elok pulak kakak ni potong rambut aku. Sukaaa!!!! Harga pun reasonable la kot. Dah bertahun tak pegi salon kena rm32. Not bad. Aku puas ati. Dia kata infra-red sauna pun ada. Maka aku pun galak la nak try. Next time kot.
Sampai rumah, call pulak kawan kaklong, magrib magrib buta tu dia datang umah kakak then kitorang (aku mak, kak long) berfacial bagai. Kak sue tu charge rm20 je. Ok lah.Sampai waktu menaip ni aku puas ati lagi. Banyak white-head hilang. Hidung pun licin. Muka berseri macam apa. Hahahah. Ni yang tiap kali balik ni mula la panjang je akal aku nak berhairwash, berfacial.
Oh, yang lagi best sebab saloon ni untuk muslimah sahaja :)
-End-
1 comment:
waaahhhh bestnya aku terus terasa nak pergi salon jugak cuci rambut karang ! tapi susahla nk jumpa salon muslimah :(
Post a Comment