Penggunaan Contact Lens


Di atas adalah kaler kaler yang penah aku pakai untuk contac lens.Masih belum gila memakai kaler kaler hijau biru merah dan sebagainya. Grey grey grey only. Yang violet tu ha kejap lagi nak cerita.

Entry ni terhasil lepas baca entry my darling Fyna.

Mula pakai contact lens kalau tak salah aku masa praktikal tahun 2008 kot. Kaler adalah kelabu. Gambar ada dalam hardisk kot malas nak korek.

Mula mula pakai yang dekat kedai lah sebab masa tu konon konon banyak sangat berita buruk pasal yang beli dekat internet, korea apa semua tu. Oh oh masa tu aku suka tengok Izza pakai. Masa tu kami masih di bangku sekolah, ah universiti. Tapi dia U lain aku U lain. Dan dari dia aku kenal blog. Ok ok move. Meleret dah.

Jadi, beli lah yang rege cekik darah rm60-70 somthing tapi tahan hanya 1 bulan. Mencekik! Belum solution ape jadah lagi. Lepas tu taun ni bulan 8 saja saja try beli online dengan kakak ipar. Kata nya dari Korea. Brand : Kira kira series. Dan tahan 3 bulan. Dan!!! Mata aku masih elok, cek baru ni. Dan jugak! Takde pedih pedih ke infection apa bagai. Berbanding yang beli dekat kedai aritu pfftt berapa kali aku pegi hospital sebab infection? Mata merah then macam ada bijik kecik dalam mata?? Kedai tu kedai! Yang konon2 lagi secure dari online product. Ni aku try online product..hokey je kot!

Cuma kadang kadang kalau solution tak sesuai mata pedih. Beware!

Meh nak kasi tips penggunaan contact lens sikit:

- Make sure tangan bersih masa nak masuk atau keluarkan lens.

- Air untuk rendam lens tu make sure bersih dan tukar hari hari even tak guna lens tu.

- Kalau pedih cepat cepat tanggal.

- Jangan guna lens/solution yang dah expired

- Tulis dekat botol solution tu bila tarikh bukak dia. Sebulan setengah buang.

- Kalau pun lens tu tahan 3 bulan. Jangan tunggu ngam2 3 bulan baru nak buang (aku la tu still pakai. Degil. esok jadi pape ha tanggung! *Nauzubillah*)

- Pastikan power mata bersesuai dengan lens. Kalau tak blur/pening.

- Jangan pakai terbalik. Boleh rasa kepelikan dia kalau terbalik.

- Orang kata pakai lens dulu baru mekap tapi aku tak. Mekap dulu baru lens. Sebab dah selalu habuk maskara/eyeshadow masuk dalam mata. Pastu nanti tak selesa, tanggal lens mesti ada habuk. So dah siap mekap semua baru pakai.

- Kuku make sure jangan panjang, takut kuman ke terkoyak ke ape lens tu nanti.

- Masa nak tutup lens dalam bekas dia, make sure lens tu betul2 kat tengah. kalau tak terkoyak. Ok ini pernah jadi. Baru pakai dua hari dah koyak sebab tutup laju dan ketat ketat gila. Frust sungguh rasa!

- Jangan gedik nak pakai lens dekat tepi pantai ke ape tempat banyak habuk. Tebiat nama dia tu.

- JANGAN CUCI PAKAI AIR PAIP PLEASE! Aku pernah nampak banyak kali jugak dekat public toilet orang selamba basuh pakai air paip dari pili dan masuk dalam mata. Ergghhh.... Sekali ada bakteria ke kuman ke isk!! So, kalau rasa berat nak bawak sebotol, tiru macam aku. Isi solution siap siap dalam bekas, tutup ketat ketat insyaAllah tak tumpah. Then kalau rasa tak selesa, bukak lens, rendam kejap dalam solution tu. Simple. Dan kakak aku pun dah ikut tebiat ni kalau pegi keje ke mana. Ye lah, kang tengah keje tetibe rasa tak selesa mana kau nak gagau solution dia? Jangan guna air paip please!

- Pakai jangan lebih 8 jam...Tapi er aku neh kadang pukul 7 pagi pakai, pegi keje bla bla bla balik tengok tv lupa neh dalam mata ada lens, jap g pukul 12 baru nak tanggal. Jangan ikut tebiat ni okay! Binasa matamu nanti aku adalah tidak bertanggungjawab.

- JANGAN! Jangan mengada ngada nak titik eyemore (camni ke eja?) kalau mata tu merah ke pedih ke gatal. tanggal dulu pegi basuh mata then baru titik. kalau nak pakai, titik sejam sebelum pakai eyemore tu.

Dah ah. Banyak sangat dah kot aku kasik. Pegi google bersepah orang kasik tips. Yang penting, disiplin. Kalau kau jenis pemalas nak tanggal tido sekali dengan lens tu lantak kau lah (ini pernah jadi, lepas bangun mata pedih gila padan muka). Oh ya, aku google dan jumpa ini. Scary. Sila klik. Tapi kalau kamu disiplin dan ikut tips2 berguna di atas ecewah insyaAllah takde apa apa.

Ok, tadi, dapat lens dari Fyna. Dia kasik sales gila gila lalu aku pun beli la ikut exact power. Aritu main random je amik 150 untuk dua dua mata so macam ok. Sekali tadi petang aku terus pakai then rasa blur sangat. Macam ring tepi tu block view. Bak kata fyna, aku memang kalut. Tak menyempat nak try. Hahahha. Dasarrrr tak menyabar. Macam ni lah dia. Lepas tu nak emosi merempan bagai. Gila kau! 6 pasang tu aku order. RM96. Murah! Berbaloi! Sama macam yang pakai before. Dollyeye.com. Korea mari.  Tapi cuma series lain.  Kalau nak kena tukar balik huwaaaa.

Jadi, solution nya, aku rendam je dulu dengan solution dia sampai pagi esok tengok boleh ke tak.

Atau mungkin pertukaran power lens membuatkan aku tak selesa. Macam pakai spek kan akan pening jugak at first place? Aicewahhh menyedapkan hati lettewwww~

Lepas ni kalau semua smooth boleh tukar tukar violet, pink, grey, brown, green, blue. ha amek kau! 








Chaw. Assalamualaikum.


2 comments:

sweethOneY said...

Hahaa sebab aku ke ko kenal blog. Maleww ai tau.

HAha

Aku dulu2 pakai kaler cekelat. Pastu sekarang dah bertukar ke grey. Aku jugak pernah try kaler violet. Oh dan lens aku juga pernah koyak gara2 kerakusan menutup casing lens ! Hihi

Sekian

Cik Bambam said...

aku pakai lens weekends jek.. nk gi keje kot sempat aku pakai ar..ahhaha.. but solution tuh aku tukar weekends jek..errrkkkkk~!!!

ps/: bawa lar solutions yg travel punya.. kecik jek pon.. :P