Macam itulah bila dah jadi emak

Malam tadi, lepas balik kerja aku singgah pasar malam. Niat konon konon nak beli nasik kerabu dan sayur kangkung serta ikan bilis sebab #kononkonon nak buat nasik goreng kampung pagi tadi. Mana nasik nya entaaahhhh. Lepas tu abang suruh bawak adam. Aku ni ok la sebab nak cepat tak bawak la buggy dia. Dukung je la atau lepas dia jalan. 

Sekali sampai kat pasar malam tu maknusia dah macam apa. Aku dukung je la. Kalau kasik dia jalan kang kena pijak pulak satu hal lak karang.  Sebab aku perasan bila dia jalan, dia sangat berhati hati takut kaki kecik dia tu kena pijak. Beria dia step back dua tiga kali. Hahhahahha. Then kau bayang eh nak dukung toddler 12kg. Pffftt. Terpaksa la. Dah la gerai nasik kerabu tu subhanallah punya jauh. Dah beli tu pegi carik kangkung. Sebelah tu gerai ikan. Kejap kejap adam terlepas pegi tengok ikan. Cuak aku. Ok setel, ikan bilis pulak. Masa tu tercabar gila kesabaran aku. Dah la tukang jual tu lembab gila. Yang adam pulak dah pegi dekat tengah2 orang ramai. terjerit jerit aku. Takut hilang. Masa tu memang aku rasa ommaaaiiii macam ni perasaan ada anak, takut anak ilang. gila paranoid aku. dah la maknusia macam macam bangsa situ. Marah betul aku dengan pejual ikan bilis tu lambat sangat bekerja. 

Dah setel tiga perkara tu nak balik ni sekali rasa macam kosong. Teringat! Tertinggal kangkung. Aduhhh...nasib baik dekat. Patah jugak la ambik. Lagi satu benda aku teringat. Eh rasanya tadi balance nasik kerabu RM5 tak ambik pun. Nak patah balik aku tak larat dah nak redah. Orang memang berasak macam apa. Nak dukung maknusia 12kg ni pulak? Tak sanggup. Nak biar dia jalan? Pun tak sanggup. OK. Takpe lah. walaupun RALAT redha je la. mungkin rezeki dia. Sebab aku memang tak larat gila nak patah balik dengan berbaju kurung nak dukung anak peluh meleleh leleh. Memang tak.

Masuk kereta termenung aku. Macam ni gaya dia, esok dah beranak memang tak dapat la nak bersuka ria pegi pasar malam bawak anak sorang2 melainkan dengan laki sekali. Kau gila tengah tengah pilih ikan pusing belakang anak hilang? Memang meraung la dekat situ. Lagi pulak nak anak kembar? Ok lupakan dulu angan angan tu sekarang. Actually boleh jugak la kalau bawak buggy takde masalah. Kau letak anak dalam tu lepas tu pilih la apa kau nak. Tapi semalam memang fuhhhh mencabar gila.

Memang kelam kabut betul aku semalam. Dengan tertinggal barang itu ini, duit balance lupa nak amek, memang ah kan.Kalut gila. Aku lebih sibuk kepada mengerling adam. Tak nampak sekejap je dah dupdapdupdap gila. Huh scary kot.

Haih nanti dah jadi emak macam mana? Aku tak mau la jadi emak yang sangat paranoid. Fuh.


1 comment:

Mama Haida said...

haha...tula kami2 yg beranak dua ni lagilah.yg kenit takpe lagi,yg besar sikit tu yg kene jaga beria.klu dibuatnye melarikan diri tetengah org ramai mmg naya.haha...mmg takleh bjalan klu papa takde.kih3