Iman Adam - Hospital Admission (1st Time)

Rabu, dari tenghari asyik muntah. Pantang masuk makanan muntah. Muntah muntah dan muntah. Balik kerja kitorang pegi hospital. Sampai ke pagi esok tu muntah lagi, abang drop aku pegi kerja then terus dia bawak Adam pegi hospital balik. Sampai sana masuk air pasal memang dah lembik gila tak boleh masuk apa apa langsung. Even minum air pun boleh keluar balik. Petang abang call kata Adam admit.

dan dan la time sakit ni pantang nampak kamera pose.

aunty sebelah katil kasi nips tu suruh makan, dia boleh main teka teka kaler pulak. dan dan la time ni nak tunjuk kau tau semua kaler. ceh.

Dulu dian warded 11 bulan. adam 1 tahun 11 bulan. katil yang sama pulak tu. memang la kau orang ni sehati sejiwa.

backhoe tu mana boleh tinggal!

tak nak makan ubat. masuk ikut tangan je. berbalut habis tangan. buas ni!


buas! sakit sakit nak berjalan jugak tu. 

hahahhaha propa je ni. orang bukan buat ape pun. nurse tu check je pun meraung macam ape. lepas tu siap boleh babai flying kiss bagai. ceh.

Teringat masa aku 8 taun dulu masuk hospital pasal appendix, doc datang nak bukak balut bedah ke ape tah tapi aku punya meraung tu pergghhhh bergegar wad. padahal bukan sakit pun. hahaah. 

 So petang ni mungkin adam dah boleh discharge kot. 

 Alhamdulillah.


1 comment:

Syada said...

comel lah adam . ^^