Ujian Saringan Kesihatan, Yayasan Jantung Malaysia

StarMall, Mentakab.
09/11/2014

Janjinya, bawak anak anak ke Starmall, lepas habis session diorang, session emak emak pula ya. 
Nampak ada road tour Yayasan Jantung. So okay lah jom check.

Mine, Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Syukur, kesihatan di tahap yang memuaskan since family memang ada history kencing manis darah tinggi , but then me & kaklong so far so good. Kaklong was sooo verrryyy worried sebab sebelum tu lunch macam macam dia hentam. Ketam lah apa bagai. So takut sangat dia gula naik ke ape benda sebab last pregnancy dia punya record teruk. Yang I ni blur takde experience so like alah, checkup aja kot. Bukan ada apa pun. Kau tak tahu, kejap lagi kalau diagnose kencing manis, tak masak kau nak kena cucuk insulin hari hari? Nauzubillah okay! So lepas kaklong explained, ha baru lah gentar sekejap.

So okay lah RM10 untuk semua tu. Check gula & kolestrol. Kalau tambah lagi RM20 if not mistaken boleh check jantung. Tapi dia tak bagi sebab jantung i tak stabil katanya. Dia nampak i terpekik pekik dah macam mak singa mengawal  anak anak tu. So, mana nak stabil, risaukan anak anak berlari bergusti berlompat macam apa dekat hall tu. Hero sangat lah 3 orang tu. Fia pulak behave sangat. Officer tu, entah ketua dia kut, mintak dukung Fia so that kami boleh pegi check up tu then Fia okay saja tak menangis tak ekk tak ukk pun. 

Maka boleh lah balik dengan senang hati. Even fat percentage tak senonoh punya bacaan, pedulikan. 
Alah, setakat lemak apa lah sangat kennnnn. Kahkah! *diamlahnaksedapkanhatimalasdietmalasbersenamtapinakmakansedapsedapalloverthetime *

Officer tu advised dan suruh turunkan berat to get an ideal weight 46kg. Whatttt?? 46kg? Kahkahkah. Nak melawak pun sikit sikit lah Encik. Tinggal tulang saya karang, apa pun tak boleh. Melayang ditiup angin karang cerita dia. Eh tiba tiba rasa macam ada musik latar by Meghan Trairno - All About That Bass "Yeah, my mama she told me don't worry about your size. You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll". Nak dengar? Nah : https://www.youtube.com/watch?v=7PCkvCPvDXk Kahkahkahkahkah tolong lah. Apa benda I merepek ni?

N.

No comments: