Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh Pahang

Taman Air Kubang Gajah, Temerloh Pahang.

So, officially dah bukak mini waterpark ni.And yea, boleh dah bawak anak anak berendam. 

Mula-mula nak pergi hari Ahad sekali lah dengan Ayong & Fara tapi tak dan dan bangun tidur Sabtu tu nak pegi jugak. So jom lah. Siap siap baju zaaaasss. Bukan main kau ya, mentang mentang lah waterpark tu belakang rumah je, pukul 9 pagi dah terpacak queue nak masuk. Ya betul tak tipu ni, memang waterpark tu belakang rumah je. Dulu masa belum jadi waterpark, kami jalan kaki saja pegi jogging & main playground dekat situ. Kesahnya, nak buat waterpark. Padan lah macam aneh aneh je dia punya design, spacious area lapang sungguh. Rupanyaaaaa.
Main gate

Nah. Operating hours + Ticket price. Jangan salah hari pulak datang. 
Dah guna tag ni so senang lah nak keluar masuk amik barang dekat kereta takde masalah sangat


Posing dulu sambil melawat kawasan sebelum terjun
Nampak "Efen" dekat belakang tu? Suka sangat lah Adam. Tapi belum apa apa nak wiwi. Naseb baik toilet dia bersih & okay sangat. Lupa pula nak snap.

Nampak kat belakang tu? Itu shower cubicle. 
Datang awal syiok. Takde orang. Tak crowd. Orang tak ramai. Tak panas. Air masih bersih. And ya, kolam besarrrrrr. Luas mata memandang kekdahnya, jadi kurang lah risiko tak nampak anak anak. Mula mula I tak nak mandi, nak pantau anak anak je. Sekali eh, terjebak! 

Amboih Iqi bukan main gelak. Happy letteeewwww.
See? Luas kan. Sampai ke hujung sana nampak

Ada paddle boat jugak.  Seronok lah budak budak.
Eh eh nice pulak gambar air ni. Macam crystal clear water gitu. Padahalllllll cat compang camping kat dasarnyaaa

Rombongan tadika lagi kau. Jauh jauh datang. Ada yang dari Raub lah mana lagi entah. Ada yang dari negeri sembilan semata mata. Datang nak mandi lepas tu balik. Gigih sangat uols. Tu kat atas tu tukang jaga & tukang perhati budak budak. Eh eh , tak perasan kat tepi tu pun ada shower cubicle juga

Pantang! Pantang sangat nampak Shark. Mata tu lajuuuuu je. Masa tu bawak dia nak wiwi. Lepas tu, merengek rengek nak kan bendalah ni. Padahal bukanlah dia nak naik pun. Saja nak main tolak Shark tu.
Untuk sewa pelampung, RM5. Deposit RM5 juga. Yang pelampung plain RM3 saja rasanya


Nampak? Awal pagi takde orang. Aman damai je. Kau tunggu kejap karang pukul 11a.m. Masak lemak lah dengan crowd

Yang atap hijau tu best oh. I & Kaklong just lepak duduk bawah tu. Sambil sembang sambil pantau anak. Matahari tegak atas kepala pun tak rasa sangat sebab teduh bawah tu. Bagus. 

So, mini water park ni overall sesuai untuk anak anak je. Takde langsung untuk orang dewasa. Elok lah tu. Kot tak karang sesak sangat. Kalau yang dewasa silalah pegi Bukit Gambang dan layanlah puas puas ya. 

Foods are not allowed. Tapi ada lah gerai (which actually makcik owner water park ni *kaklong yang tanya & borak dengan acik tu masa beli makanan kat dia* dia join venture dengan adik dia ke siapa entah bukak mini water park ni, so thats why lah nampak macam bebiasa saja . Bajet tak lah gempak mana tapi ratus ribu - juta juga lah dengar nya. Well u know, tak adalah canggih manggih macam at least bukit gambang developed by well-known established company agaknya, kalau nak compare but still, puas lah anak anak main air.) Tapi, ni pun rasanya bukan lah 100% completely done ni. Sebab masih nampak ada orang buat renovation & all. Hopefully, dalam setahun dua lagi siap complete, gempak & selesa. Hidup melayu! Aiceh. Aha so foods yang ada macam nugget, fishball, nasi lemak, mihun, meggi. So okay lah takde lah berlapar. Okay juga dia yang jual mayb boleh tampung any cost lagi untuk upgrade water park ni kan. Who knows.

Shower dia pun best. Air laju gila kau! Best nak mandi. Selesa. Tapi yang tak selesa dan sadisnya, I lupa bawak baju tukar Adam. Hahhahahha failed! Macam mana lah ni nak jadi Mama ni?? Pakkal lah rumah dekat. Dan untung lah Adam redhoooo sahaja I bungkus dia dengan towel, dan jalan masuk kereta. Balik mandi lagi dengan Lifebuoy Terbaekkk ehe. 

Overall, untuk anak-anak, fun lah tempat ni kalau nak main air. Sila lah cuba datang :) 

N.

1 comment:

Unknown said...

mcm best je sini...