Pekan Sehari, Temerloh Pahang

Ahad Pagi.

Bangun pulak Iman Adam pepagi buta tu terus menangis nak ikut. 
Kaklong dah risau sebab pekan sehari tu jauh. I meant dia panjang. Sepanjang panjangnya tepi sungai pahang tu. Lagi panjang dari pasar masa bazar ramandan.

Lepas dah promise this and that, promise tak beli mainan, promise tak menangis, promis tak nak dukung, okay jom ikut! Yang berdua lagi tu nasib lah tidur lagi.

Ikan segar. Fresh!



Yang hitam hitam dalam plastik tu nama dia buah keranji. Isi dia warna oren. Masam masam manis. Sedap! Ha kenal dah? Jangan tahu pantun dia je tapi buahnya tak kenal. Karang, "sorong papan tarik papan, buah keranji aku tak tahu" cerita dia karang. Dulu masa kecik kecik selalu kutip buah ni dengan cousins dekat tepi sungai pahang. Lepas tu dah sunyiiiii mula lah nak cuak takut ada hantu. Teeheee~

Uncle yang jual ni kata bendani organik & tak beracun so selamat untuk babies, kids n semua. Untuk bunuh tikus lalat dan sebagainya. Kaklong beli rasanya sebab rumah dia gila bermaharajalela CikTi

Pasar Pagi. Macam macam ada

There, sungai pahang! Nampak jambatan tu?

Tak lama, pukul 9 macam tu kitorang balik dah. Dia tak lama, pukul 12-1 tengahari macam tu habis dah. Cuaca pun tak sempat nak panas lagi. Tapi parking pack gila. Depan stadium park. Masa kitorang sampai tu. Itu cara cara pegi pukul 7:30 pagi yang jarak pasar dengan rumah tak sampai 5 minit tu. Kalau lambat? Mau kau park dekat MPT sana? Tak pun dekat mahkamah? Tak pun nu ha dekat bus stand lama? Lepas tu dengan orang bersesak rak nya? Kosser sangat. 

Oya, beli sequin wide shawl (yang memang wide & menepati labuh yang I nak) dengan harga RM15. Kain sedap pulak tu. Bukan lah keras dan cikai cikai. Nampaknya, shopping kat pasar je sudah kan. Tak payah nak berkedai sangat. Orang bukan tau pun selagi tak tanya. Hahahaha. 

And ya, Adam behave sangat haritu. Cuma mintak milo & nugget love sahaja. Okay no biggies! That's my boy. Nanti kita datang lagi ya. Adam Sr. pun boleh nak datang. Eh?

Seronok pulak pegi pekan sehari ni. Bila lagi entah nak pegi?

N.


No comments: