Wedding Dila & Beautiful Bridesmaids

Oktober 18th, 2014.

Another wedding in Kasrah's Family.

Dila & Asy. Pahang - Penang.

Mode bridesmaids on! *Mode pengantin entah bila kannnnn*

So takde apa nak cerita sangat. Nikah jumaat malam tapi I tak sempat cos lepas kerja baru gerak dari KL. Sampai2 makan ayam sekejap then gerak ke TC cari tukang inai malangnya dah tutup then mummy beli tube balik buat sendiri. Balik homestay sekejap hantar barang then balik rumah Fara setelkan few things. Pukul 4 pagi baru siap, balik homestay  buat inai, ngam ngam subuh baru tido. Pukul 8 bangun mandi siap siap, mekap mekap, breakfast breakfast dekat pukul 12 gerak.
Here we go! Excited sangat dah kenapa entahhhhh
Baju beli di Nilai. Free size. Boleh fit dari XS - XL. RM70++ dapat diskaun RM50 sebab beli beramai ramai
Tudung beli di insta: shawlbistaa RM10
Flower crown RM15 kawan Zaty buat. Suppose RM10 je hmm hmm
Tapi dah sampai sampai tak dan nak rehat apa dah, bergegas bagi gift kat tetamu. Ni bridesmaids ke penanggah ke I pun dah tak tahu mana satu. Layan je lah.

Pukul 4 lebih baru dapat makan & baru terasa lapar. Lepas dah siap makan, gigih tak pakai spek ni, sekali nampak budak kecik eh macam kenal je ni. Hafiy! Anak Kakju! Oh oh terus capat spek & cari Kakju. Nampak dari belakang & nampak Abg Asrol. Ok zas pegi ke Kakju tegur. Debar okay nak tegur mommy cantek. Femes pulak tu. Hihihi. Lah, rupanya Abg Asrol partner dengan Jai (my cousin) Gitu ceritanya. Mesti Hafiy dah biasa dengan Yaya or dah biasa datang rumah sebab tu tak lekat kat daddy mommy dia pun. Tapi Hafiy moody tak boleh nak kacau. Marah dia. Tapi nak jugak menyelit Aunty snap pic dengan mommy hahahhaah. And Yousef oh oh tembam sangat macam nak makan kaki dia. Nak dukung tapi me myself dah berlengas macam apa masa tu & teringat Kakju update last time dia paranoid sikit orang nak dukung Yousef so okay, Aunty tengok je. Hahhahaha.
Tengok orang cantik. Tayah mekap beberia macam I kan? Molek je dekat situ. Serious Kakju lawa sungguh in person! Kakju next time saya datang kedai pulak okay :)


Dah sudah tu, ke Taman Gelora lah kita. Tapi sumpah nak menangis semorang sebab kain lace meleret leret tu mengutip ranting ranting. Dah serupa DBKL, MPK, MBSA dah ha! Jenuh nak bersihkan semula. Dah 6:30 tak larat dah nak ikut pengantin ke hotel, kami terus balik rumah.  Tu yang malam bersambung kat burgerak pulak tu ha.

Marilah layan photos. Malas dah nak membebel ni:-


Flower Girl versi baby. My darling Luthfia

Kasi chance lah


L.O.V.E

Bride + Groom + Bridesmaids + Flower Girls



Eternal love. Happy moment!


Tumpang laluuuuuuu~
*Semua bridesmaids ada pose begini. Mana aci seorang seorang hahahaha*

Kasi chance lah lagi

Thank you! Eh, penuh gambar kami je. Ehe. Maaflah.

N.


No comments: