Rotarium Buffet Steamboat, Temerloh Pahang

Weekend baru ni, semua balik nak makan makan sempena birthday Abah. Kaklong suggest makan steamboat dekat depan rumah dia. Kedai baru bukak. So, sabtu tengahari kami pegi booking. Luckily booking sebab lepas pukul 8malam dia utamakan walk-in. Kalau nak booking kena datang jam 7:30 malam. Since Magrib pun masuk awal, okay lah kan. Rumah pun dekat je. Memang ya, kalau tak booked, tak merasa nak makan. Seat limited dan orang sangat ramai. Berbaris baris. Sampai ada yang balik sebab tak dapat seat. 
Location : Tepi jalan sebelum masuk perumahan Taman Bukit Angin, sebelum simpang empat roundabout menghala jambatan temerloh nak ke arah hospital temerloh sana, kira belah kiri lah. 

Kedai corner lot. Baris Ben Salim.



Sayur. Cendawan banyak choice. I suka! Tapi tak ada yang bendi macam dekat Seoul Garden hm hm

Mee & Tauhu

Macam macam adaaaaa. 

Standard reminder untuk restoran steamboat

Okay untuk makanan berat pun sedap. Ada macaroni goreng (sedap!), ada ayam goreng, koay teaw, apa lagi entah tapi takde nasik T___T

Creampuff! Not bad.

Mini Choc Cake & Cocktail & Buah buah

Ada rojak juga. Nenas, Mempelam, Jambu & apa lagi tak ingat, Sekali kacang & sos

Favourite anak anak. Siap ada yang kon lagi boleh buat sendiri. Ada topping jugak. Iqi makan tak ingat dunia. 

Jeruk pun ada? Rare!

While waiting for others. Yang Adik pegi beli hadiah. Yang emak abah tunggu Adik fetch kat rumah. Yang abang & sil stuck dekat rumah mertua. Kelaparan dah kami. 

Ini dalam restoran. Sebab abah payah nak jalan, so kami pilih duduk kat luar je. Alhamdulillah tak hujan dan best lepak kat luar. Kecuali ada yang *&%@*#$@#) sikit dah tahu tempat orang nak makan, lagi nak park kereta kat tepi tu. Hmph.

Kiri: Sup
Kanan : Tomyam.
I tak rasa pun yang sup tu sebab enak sangat menghirup tomyam & busy tukang refill makanan
(aku lah tu makan paling banyak ekekekek)

Tak dapat bendi tu tak apalah, janji ada cendawan kembang ni sama cendawan cendawan lain *mabuk cendawan*

Adam with icecream. Ha itu lah kereta ngam ngam soi je dia park sebelah kami.

Happy Birthday Abah. 


Overall, 4 out of 5.

Sebab takde grill, so takde daging. Then takde my fav. bendi, takde ABC. Tapi untuk penggemar steamboat, recommended lah. Better than steamboat dekat Rest House. 

The price, RM19.90 per person. Tapi tak masuk air. Air RM2.50 seorang. Boleh refill banyak kali. Boleh request air masak. Boleh order air yang bancuh2 juga macam Milo etc. Harga untuk kanak kanak bawah 10 tahun / 12 tahun RM10, bawah 6 tahun free.Katanya, ni harga promosi. By next year, dia naikkan harga. Tak tahu lah kenapa dan tak tahulah apa yang special bila naik harga nanti.

So untuk kami 7 orang dewasa, 1 kanak kanak, 2 kanak kanak (free) total RM170+/- 

N


1 comment:

Nasri Ayie said...

Bape no fon kedai ur?..nk booking lah raya cina ni..