Restoran Thai Base, Bandar Sri Damansara

Sambutan ulang tahun princess. 

Dinner.

Mula mula berangan nak makan dekat Manhattan. Berkobar kobar dengan set platter dia bagai. Murah kot! Sekali double confirm balik lagi dua hari nak pegi, eh eh kenapa sebelum ni tak perasan only on weekdaysss!!!! Ergghhh benci lah! Dato' apa lagi, keluarkan perintah re-plan lah. Blur. Blank. Tak tahu dah dekat mana nak pegi cari tempat makan yang sedap dan affordable lagi heaven.

Fikir fikir, okay lah. ThaiBase. Sebab? Makanan dekat sini murah, sedap banyak eventho amik yang small portion. Tapi risau jugak sebab biasa weekend memang penuh. Takut sampai takde seat. Awak masing masing tahu lah kalau dah lapar karang haaaaa hijau muka masing masing.


Ok confirmed! Sabtu malam dinner.

Sabtu petang, tak sedap hati kalau pegi je without booking. Manalah nak tahu kot penuh ke kan. Around 6pm macam tu call dan book. Ok settled!

Sampai sana around 9pm, baru order makan. Takde lah lama sangat nak tunggu. Tapi orang ramai yang amat. Ade banyak aquarium. Budak budak suka lah melalak lalak.

Reserved untuk 3 orang so dia bagi meja kecik lah, untuk 4 orang tu. Tak tahu yang kami ni kejap lagi nak makan bukan macam makan bertiga. Hahahahah. Tak muat meja okay. Ngam ngam i tell you!

Pity my baby boleh terseliuh pulak tangan. Tapi sebab dah janji nak dinner so dia datang jugak. Tq so much dear *xoxo*

So, menu? Tayah cakap banyak. Nah scroll laju laju:
Siakap 3 rasa. Small fish. SMALL okay? Ini SMALL? Kalau medium gabak mana agaknya?

Butterprawn yang lazat gila. Tinggi plak tu datang. Makan makan tak habis. Makan makan ada lagi. Eyh. Ajaib pulak rasa. Jenuh nak abiskan. Ini pun SMALL PORTION.

Sotong creamy butter. Sedap tak payah cakap. Pekat berkrim. Pun SMALL PORTION!

Kerabu mangga. Banyak betul. Semua pun SMALL PORTION

(Tomyam Campur + Telur Dadar + Nasik + Air)

Total?


RM107.20


Murah?

You judge.


Dato' kata supposed harga dia lagi mahal sebab tengok je la ikan tu besar. Ha i told you sini murah. Cewah.

Sedap?


Overall. Cuma tomyam tak kick sangat.

Owner?

Chinese Lady (Mualaf) - Dari apa yang aku dengar lah. Kalau salah tolong betulkan. Jangan risau. Sini halal. Dan ya, pernah masuk JJCM TV3 pun.

Nah:
Amik dari internet. Tak ingat blog sapa. For reference. 

Recommended. Sila lah. Oh, buka sampai jam 11malam. Tapi, ahad tutup ya. TQ. *iklan tak berbayar*

Bye.


No comments: