Kek Karamel (Yang Tak Jadi)

Amacam? Jujur lagi ikhlas tak tajuk? Wahahahahaha. Nak kata apa, memang rupa paras dia hancur. Tapi rasa dia tak hancur, mind you! Ceh.

Last year, start kenal kek karamel ni dari Izza. Order dari dia. Balik rumah SIL kemaruk. So do i. Lepas Izza habis pantang, repeat order. 

Lepas tu SIL pindah. Jauh dan dah tak dapat nak rasa kek Izza. Dia beli dari kawan kawan dia pun rasa out. Tak sama macam Izza punya. So aku pun gigih lah mintak resepi dari Izza. Oh lovely! Dia tak kedekut resepi okay. Siap describe dan tunjuk ajar aku lagi macam mana nak buat dan apa yang dia ganti untuk make sure jadi rasa sama macam dia. Hey i love you la babe!

Kecuakan nak buat tu ada sebab nya aku pernah buat karamel tapi harammmmm keras kejung gula dia. Pelik. Lepas tu Izza kata memang la akan keras lepas tu nanti bila masuk oven dia cair la balik. Eyh? Bangang nya aku rasa. Bhahahahahaha. Ingatkan salah. Kahkahkah. Ok takpe, berdasarkan tunjuk ajar tu maka, kita test buat gula hangus dia dulu. Maka, berlakulah pembaziran tiga empat sudu semata mata nak test gula hangus. And yes, passed! Tak sabar nak balik kampung buat.

Maka, first time jugak lah buat meringue. Beli telur sampai sesarang, kau over tak? kahkahkah. Bukan la untuk kek je, untuk lain jugak. Tapi sebab cuak sangat takut tak jadi nak asingkan putih n kuning telur untuk meringue tu maka aku gigih la beli banyak2.

Bibik sibuk sibuk nak tolong buat aku rasa nak menangis bila dia asingkan tak jadi. Badan dah la penat. Dah la first trial. Dia sebookkkkkk la tengok step by step. Dok tanya tanya lepas ni mau buat apa etc etc. Pandai ya buat kuih. Haah kuih sangat laaaaahhh~~~~ Ggggrrrr.

Lepas dah siap batter dia semua, nak sengih dah ni tengok not bad walaupun kaler purple dia pelik! Tak kesah la.
Ingat nak bubuh kaler merah tapi SIL tak bawak balik pulak dah tertinggal kat sana
Masuk oven, pegi join abang dengan adik tengok Tanda Putera sambil dok tunggu kek siap. Masa tu jam pukul 1 lebih. Gigih sangat tengah malam buat. 

Lepas tu oven macam buat hal. Aku rasa dah sejam tapi tak bunyi TING! lagi. Pegi tengok timer dia macam tak betul. Hmmmm belasah je lah dah sejam. Bukan berkait dengan timer pun kan as long temperature dia ok. So, keluarkan. 

Tapi dah malam buta, kepala pun dah tak betul bangang tahap dewa kot. Orang kata tunggu betul betul sejukkkkkk baru terbalikkan dan bubuh dalam fridge. Or maybe like, dah sejuk, masuk fridge baru terbalikkan. Kot.

Yang aku haram tak sabar, terus terbalikkan dia. Kau ingat kau masak kek span ke ape cik kakkkkkk. Tak ingat dia ada karamel yang mencair kat bawah tu.

Elok je terbalikkan, tu diaaaaa meleleh leleh la kan. Terus telangkup kan balik dalam loyang. Hahahahaha sengal betul! Lepas sempat rasa eyhhh sedap ni. 

Frust dah ni sebab satu, timer bengong. Dua, pegi terbalik belum masanya. 

Malas fikir, tido. tido. 

Esok pagi bangun, bismillah....

Presenting.......karamel hancur nama dia.

Tapi, bila rasaaaaaa ommmaaaiii nak nangis! Sedap!!! Paksa SIL makan. Okey, she agreed sama macam Izza buat. Glaaaaaddddd! Tak apa lah, first trial memang macam macam *sedapkan hati* bhahahahhahah. 

The best part was, mak kata nanti kalau birthday boleh buat sebab tak jemu makan. Tak muak. Oh i love you mom! Pandai bodek anak dia yang kepucatan dan kefrustan that day. Hahahahaha. 

So, next month, birthday abah, boleh buat lagi ni. I'll make sure it perfect! Cewah. 

Resepi, bila dah jadi cantik tertarik kau memang da bomb baru nak bubuh. 

Bye.



3 comments:

izzatul azma mohd asri said...

Heheeee babe kalau nak share, share resepi asal saje tau :P

izzatul azma mohd asri said...

Oh anywayyyy terharu aku entry ni hehe, congrats menjadiikkk !!

De' Nurul said...

Alhamdulillah. Jadi tapi tak perfect. Hahhaha ok la kan asal bole makan hihi. Orait babe. Aku share yang asal je. Thanks a lot! Xoxo.