Salam Ramadhan

2011, suasana puasa yang mungkin amat berbeza untuk aku berbanding tahun tahun sebelum ni.

Tahun lepas, duduk rumah, pagi pagi bangun sahur dengan emak abah, lepas tu on internet atau tido balik atau tengok tv. Atau mandi mengaji tunggu subuh. Pegi keje, balik keje bukak puasa, pegi tarawikh dengan emak abah. Oh my, rindunyaaaaaa~

Tahun ni, duduk rumah abang. Masjid kedengaran orang tarawikh sangat dekat tapi sebenarnya jauh kalau nak pegi sendiri jalan kaki. Dan, mungkin tarawikh kali ni buat bersendirian.

Esok, memulakan rezeki untuk sebulan insyaAllah. Semoga berjalan lancar. Balik mungkin dah malam tak sempat nak tarawikh. Semoga di permudahkan dan diperkuatkan iman untuk mengerjakan sendiri. 

Salam ramadhan :)


No comments: