Merdeka Raya 2011

So far, macam mana raya kau orang? Raya pertama aku tahun ni agak huru hara. Mula mula malas lepas tu ok dan ok. Pegi rumah jiran jiran menu memang lain lain. Rumah aku bakso, rumah sebelah rendang daging, rendang ayam hijau, rumah sebelah dia laksa, depan rumah dia mee rebus dengan dodol sumpah sedap. Mati la naik badan aku. Depan rumah dia lagik, bihun sup. See? Variety. Tu baru berapa rumah. Belum jiran kanan aku, belum rumah tok guru mengaji aku, belum balik kampung nenek lagi. Ah sudah, mula la rasa nak muntah ni T____T

Duit raya? Takde dapat. Kena bagi pun aku bagi anak anak buah aku je lah. Anak anak sedara, sepupu bagai postpone tahun depan. Gaji belum dapat neh. Dah tu nak pegi Alor Star pulak. Boleh aku lupa aku suppose pegi malam esok pasal nak tengok Sya nikah hari Khamis. Huwaaaaaaaa. 


Takpe lah. Sedapkan hati. Raya tiap tiap tahun raya, tapi kawan kawin sekali je seumur hidup kan? :)

Oh, tahun ni kembar dengan Merdeka kan? Nah :



*aku taip entry ni pukul 3 petang tadi. lepas tu tertido sampai maghrib. Hahahahah heaven sungguh raya aku. Menyesal pasal makan banyak. terus tak mau dah pegi raya


No comments: