Mabuk Ultraman

Masuk je pasaraya baru tu, mak dia punya la kona kot lain tak nak lalu depan ultraman tu. Kalau dah mata ultraman tu.....macam ada magnet, ada laser ok! Dari jauh dah tarik tangan mak dia "Ibu, sini kejap ibu. Abang ternampak sesuatu la" Ya....sesuatu abah kau! Ni la dia yang ternampak tu. Terus la terbeli kannnnn. Even dah patah balik masuk kereta nak sampai rumah, mengamuk ngamuk. Last last patah balik la pegi beli   -_-" Hoih anak aku esok apa pulak la perangai. Pengsan!

Merasmikan pembukaan hypermarket baru dekat Temerloh, untung berganda ganda la tokey tu

Yang ni spesel untuk Kak Rai. Sila hafal bentuk dan nama ultraman ni senang nak bergaduh dengan affanurrahman nanti. Siap ada makpak ultraman. Hahahahha

Muka bahagia tak payah cakap

Sekotak ultraman dia saja. Sekotak lagi dah kena buang pasal dah patah kaki, patah tangan, putus kepala. takde badan macam macam. Duit mak dia agak beribu habis kat sini je.

Ke-addict-an terhadap menatang merah ni aku rasa start umur dua tahun lebih kot. Lepas tu aku gatai sangat pegi bukak utube tayang kat dia. apa nak kata, pantang bukak laptop mesti bergaduh.  Silap perhitungan betul lah. Menyesaaaaaallllll~ Mak dia pulak jenis beralah dengan anak. Beli beli beli. Sekarang ni la baru jenis reti nak beli yang berskru mahal mahal senang tak patah riuk ultraman dia bila lawan dengan rasaksa.  Ada tu, macam hak biru dalam kotak tu, RM30 hengget sekor. Dia mengamuk nak empat ekor. Tiga, Gaia, Mebius, Zoffy kot entah aku pun tak ingat. Yang tu getah. Tercabut pun boleh pasang balik memang berbaloi sungguh beli.


Jadi Kak Rai, hang beli la yang RM50 seko untuk afan pun takpa, tak sakit ati bila patah riuk. Hak RM30 tu memang puas ati, sampai terkencing kencing ultraman tu [padahal basah keluar air pasal bawak mandi siap, ceh]




No comments: