Lego Addicted

Ultraman - Angry Bird - Ninja - And the list goes on...

Itu lah, Syahmie Hazeeq. 

Sekarang addicted gila dengan lego kecik kecik superhero. Ya Tuhannnnn. Hari hari paw Ibu dia. Sekotak RM5. Dah dekat 30 kotak dekat rumah. Naya betul. 

So, raya haritu dia dah pandai. Hari hari berzikir kat Ibu dia nak duit raya beli lego. Sampai merayu rayu mintak jangan simpan duit dia dalam bank sebab nak beli Lego. Dasyat ini anak. Hari hari tanya kalau sepuluh ringgit boleh dapat berapa lego. Kalau lima puluh ringgit boleh dapat berapa? End up sampai Makde pun tersasul sasul mengira.Ibu dah tak tahan bagi RM50. "Nah ni duit raya abang. lepas ni jangan bunyi dah pasal lego. kalau hilang pandai pandai la abang!" Hahhahahah. Dia suruh nenek dia simpan. 

4th raya, I dah kesian gila gila sebab hari hari berzikir tak sudah ni. So pegi la satu kedai mainan dekat jengka. Best gila oh kedai tu sebab mainan banyak sangat dan murah. Macam lego budak budak ni, kalau dekat Temerloh RM5 sekotak, dekat Jengka RM2.50. Eh gila half price boleh dapat dua. Ni kalau birthday diorang end of this month ni boleh la bagi 4 bijik lego. Baru RM10 hahahahha bapak la menjimatkan poket Makde wahai anak anak.

So pegi lah dan pilih. Iqi as usual, sampai kena paksa pilih mainan. Dia lain sikit. Lembut dan tak havoc macam Abang. 

Otw balik Ya Tuhanku sibuk la Abang nak bukak dalam kereta. I dah sampai mengamok kata kalau hilang jangan nak bising. Dah bendanya halus sangat. Awak tu bukan boleh abang... Hilang tangan hilang kaki pun dia tahu. Lepas tu mengamok macam nak kiamat dunia. Lepas tu provoke Iqi suruh bukak. Hangin betul I. Yang Iqi kalau kata jangan bukak, memang tak bukak la dia sampai ke sudah.

Pilih. Balik terus bersidang dekat beranda. Tak dan masuk rumah. Dengan I sekali terbabit. 

Yeay!! Makde dapat siapkan kereta batman. hahahhahahahaku pulak yang over


Here, koleksi Ancik, 2014:-

Lepas ni apa lagi la bang?



1 comment:

Zulhatfi Aziz said...

Bestnya main legoo...