Resepi Kek Karamel



Okay, selepas percubaan kalipertama 70/30 dia punya kejayaan sebab terlingkup berjejehan puding dan karamel, second trial manis dan over karamel & third trial pulak 90/10 sebab rasanya manih leting. 

Okay marilah kita taruk resepi supaya tak lupa di kemudian hari. TQ to lovely Izza sebab sudi tunjuk ajar walaupun hanya berwhatsapp, tetap  tiptop!

Macam lawaaaa je. Mati la perasan sorang

Second trial. Air gula berlimpahan

Lapisan puding tebal. Belang not bad lah jadi lah tu. Tersengih bangun tido tengok ni.
 Sumber : Puan Izza

So basically nak buat kek ni ade 4 steps.
Kita start dengan lapisan atas sekali iaitu lapisan gula hangus atau karamel
Lapisan kedua, bawah dia lapisan puding
Lapisan ketiga, lapisan adunan kek yang dah dicampur adunan meringue.

Mari. Ini untuk rasa manis lemak lemak manis bukan super-duper manis membunuh.

Step 1 - Bahan (A)
*Untuk buat gula hangus*

2 sudu besar gula
Masukkan gula dalam loyang, ratakan. Guna api kecik. Biar dia mencair slow slow. Bila dah nak mencair semua, kacau sampai hancur. Kalau rasa pekat likat sangat tambah air sikit. Jangan sampai gelap sangat kaler dia. Jangan sampai hangit. Kang pahit.

Step 2 - Bahan (B)
*Untuk buat lapisan puding*

1/2 tin susu cair
40gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau adunan B dengan perlahan. Seeloknya guna whisk. Kacau jangan sampai berbuih kemudian tapis masukkan atas lapisan gula hangus tadi

Step 3 – Bahan (C)
*Untuk buat lapisan kek*

140 gm tepung gandum
40gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak

Pukul kesemua bahan di atas dan letak tepi.

Step 4 – Bahan (D)
*Untuk buat meringue*

6 biji putih telur
(Putih telur ni amik dari kuning telur yang dah asing tu. Jimat kan?)
50gm gula kastor

Pastikan bekas nak buat adunan meringue ni setitik pun takde air. Lap kering kering ye baru masukkan telur.
Pukul putih telur sampai berbuih.
Lepas tu masukkan gula kastor.
Putar dengan kelajuan paling tinggi sampai adunan jadi “soft peak”
Meringue anda dikira jadi kalau terbalikkan bekas berisi adunan tu dia takkan tumpah setitik pun sebab dah kental.Macam ni : Klik.

Cara-cara :

1. Campurkan adunan C & D guna kaedah kaup balik, sampai sebati.
2. Kalau nak buat dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Kalau tiga warna, tiga bahagian lah. Campurkan warna untuk setiap bahagian.
3. Tuang adunan tu secara berselang-seli ke dalam loyang yang ada pudding+ karamel tadi.
4. Bakar dalam masa sejam dengan suhu 160c dengan menggunakan kaedah bain-marie / water bath / double boil. Iaitu loyang berisi adunan kek ni tadi dilapis dengan loyang besar sikit dari saiz dia yang dah diisi kan air. Supaya lapisan karamel dan puding tadi tak hangus. Macam gini.
5. Bila dah masak, biarkan kek sejuk dan turun dengan sendirinya baru terbalikkan dia. Lepas tu simpan dalam peti ais.
6. Eloknya buat malam. Lepas tu masuk fridge. Esok siang boleh makan .Sedap makan sejuk sejuk!

Macam mana nak buat adunan warna selang seli tu?
Okay macam pink hijau ni, ambik satu senduk adunan warna pink, curah kat tengah tengah adunan karamel + puding tu. Lepas tu amik pulak adunan hijau. Tuang atas adunan pink tadi. Dia akan melebar melebar dan melebar sampai menutup semua ruang tepi tepi tu. Pastu lapis balik kaler pink. Lepas tu lapis pulak kaler hijau. Ha selang seli gitu. Kalau tiga kaler, buat la tiga bahagian dan tiga kali lapis. Buat la sampai nak penuh bekas tu.
Third trial. Selagi tak perfecto, selagi tu aku letak tajuk dia trial ye puan puan. Belang bersepahan entah lah kenapa. Ini guna pewarna minyak. Oil based color.

Tetap lah menawan hati aku. Jaga kau. Weekend ni buat lagi. Welcome home baby fatty!




2 comments:

izzatul azma mohd asri said...

Haha mak oi ko mabuk kek karamel ke apa asyik buat je hahaha rajin !!


Dah cantik dah tu third tu takyah panggil trial dah pasni :P

De' Nurul said...

Izza - Memang mabuk pun tapi bukan aku yang makan. Buat untuk orang. Hihihi.