Seremban2 Seafood Steamboat & BBQ

Minggu lepas dinner was treated by Zana. Upah katanya. Hahahha. Suka mak! Terus zaassss pegi Senawang. Plan asal nak balik kampung tapi tak jadi terus sentap bawak diri pegi Senawang.

Eh sumpah best makan kat sini! RM20 seorang. Nasik goreng/Bihun goreng disediakan, Air berapa ratus kali nak refill pun sukati (Sirap/Orange) variety food. Gilaaaa!! Pastu aiskrim dia buat sendiri. Bayang la, aku sampai 3x pegi cedok aiskrim. Memang terbaek!Yam, Vanilla, Durian, Coklat, Stoberi. Aku ni kan kepantangan kalau makan aiskrim memang wajib bilas tekak dengan air masak lepas tu. Tapi kat sini suprise la boleh ulang 3 mangkuk tanpa masuk air masak. Hah!

Malangnya, batteri nak habis dah masa ni dengan memory asyik full. Benci betul aku T___T

Kitorang amik kuah tomyam sebab Zana kata sup dia macam menggelikan sikit. Hanyir. Sokay la. Tapi aku suka grill je. Paling banyak aku makan Lala. Memang "lala" sungguh aku malam tu. Kenyanggggg!

Ok sebelum Zana fetch aku tu, dia dah booked dengan orang restoran ni tapi orang tu tak call call dia balik. Dia call plak tak berjawab. Maka, lepas dia amik aku, kitorang gi karok dulu sejam. Elok2 habis pukul 7, balik rumah dia dulu solat, around 8pm camtu kuar balik. Aku kata gamble je lah kita pegi tempat tu. 

On the way tu aku call, dapat dan dia bagi plak nak reserved untuk dua orang. Yippieee! Rezeki aku lah kan?


Ha pilih kak! Pilih bang!
First round - Kami

First round - Aku.

Kangkung Tomyam adalah tak boleh blah. Sekian. Haha.

Second Round - Aku. Sotonggggg!! Lala!!! Udanggggggg!!! *Masa ni batt low gila pucat habis gambar*

Ini pun dah santak perut aku rasanya. Perut kecik mau muntah. Oh ya cakap pasal muntah, aku tak tahu la ape benda Zana telan. Balik balik muntah. hahahhahah gila makcik! Padahal makan dah bersopan dah sikit sikit kot takde lah menelan je macam ular sawa. Tapi overloaded apesal entah. Isk. Eh tapi cam magik gak ah. Masuk kereta rasa ok lagi perut, tiba2 balik rumah cam santak gila. Kenyang sungguh.


Aiskrim perasa hantu nama dia. Hantu je tambah 3x ni. Hahahaha.



Tahu kenapa merefill aiskrim sampai 3 mangkuk? Yea, esok period. Patut la tekak nak benda sweet dan panas macam hapa je aku. Tsk.

Ok Seremban2 Seafood Steamboat/BBQ. Nak lagi best review, ni ha aku jumpa satu blog sini. Sila lah : http://foodpassionistaaa.blogspot.com/2012/02/seremban-2-steamboat-bbq-seremban-2.html

So kau orang, wajib try ok :)

No comments: