Super Ad

First met on April 7th. Eh! 7th!! My favourite number! Haha. Met lah sangat kan. Met 5 second. Selebihnya aku sembang dengan cuzie dia, Pu3 Well, dah macam kenal lama dengan Pu3. Berdekah dekah aku gelak. Tak senonoh betul. I was try not to make the situation such an awkward moment. So, merepek je la

I promised him nak masakkan untuk dia. Almaklum lah orang sakit kena la layan macam baby sikit kan. Haha. Dia sebut menu, aku pun dalam dok nervous sebab dah lama tak pegang kuali, eh chop! takde la lama mana. Seminggu dua je, so masaklah.

Dah la sebelum janji dengan dia, dok janji dengan Zana my bfff nak pegi  TM Career Fair. Kang kalau mungkin salah satu janji tak best plak. Dedua besties ni. Alamak..How lah? Dah lah bangun lambat. Zana dah sampai KL Sentral aku baru bangun tido boleh? Ak Aoowww pecah rahsia. Hahah sorry babe. Aku penat gila malam sebelum tu tido lambat. So sampai dekat TM Bangsar tu got nothing. Tapi takpe lah. Spent time dengan Bff. No big deal. When i need her, she'll be around. So when she need me, I'll do the same.

Petang dalam pukul 4 balik. Lepak KL Sentral jap makan. KTM pulak dah stuck. Macam biasa lah. Delay lama jugak lah. Dah duduk dalam train pun delay. So around 7pm sampai rumah. Fuhhh...aku ingat tak sempat dah. Kang tak sempat masak naya kat anak orang. Kempunan kang. Terus keluarkan sotong. SIL ngan Abang plak nak keluar makan ngan Abang Idan. Aku pun ok lah. Tak join. 

Around 9 tung tang tung tang, berenti solat bagai, siap lah masak. Confident gila aku tabuh cili banyak banyak. Nerves lah katakan. Ad kata dia nak makan pedas. Aku pun blend la cili banyak banyak malas nak tumbuk, terbubuh air banyak plak dah. ah sudah. tumis sampai kering, dah tumis tu tambah cili blend, kaler tak cantik, aku bantai la letak lagik.Lepas tu dok rasa masam manis pedas semua, puas hati then done.

Tapi bila dah hilang neves, eh apesal macam masam plak dah ni. Ah lantak la. Hope tekak dia ok. Haha. 

SMS, bla bla bla dia kata cousin dia datang ambik. Perjanjian dengan dia ni memang cousin dia yang akan ambik mula nya. Tapi aku dah pelik dah masa tu, kalau cousin dia ambik, why cepat sangat message dia sampai ke cousin dia. Ah tak kesah lah. Turun.

Dia kata ada girl tunggu tepi kereta. Dah la gelap masa tu. Aku dah agak itu cousin dia tapi hey kau! Aku neves ni. Terpusing pusing kat bawah tu. Last last tak nak kasi orang tunggu lama, gagah jugak la kaki pegi jalan kat girl tu. Dia pun usha aku lain macam. Panas ni muka. Nasib malam, tak nampak.

"Er..assalamualaikum" Eh ok tipu. Aku rasa aku tak kasi salam. Terus like "Er..ni cousin Ad eh?" Then buat sesi suaikenal. Ok I am Nurul. She is Puteri. 

Tanya Puteri, datang dengan sapa? Muka dia dah cuak. Erm..ni ade orang kat dalam. Aku pun "Er..sape?" Sambil terjenguk jenguk. Nak jugak tengok. Then Puteri kasi sign kat "orang dalam" tu suruh turunkan cermin. Aku jenguk. 

"Eh, hai! Ohhhh pandai ye cousin yang amik" Terus macam what the hell lah aku tiba tiba peramah sangat. Ok, i know that's Ad. Even he told Puteri jangan kasik hint atau bagitau itu dia. Eleh, macam lah i tak kenal you. Dia just angkat tangan "Hi" dan pandang depan. Aku nak gelak gila dah masa tu. Ya Allahhhh tak pernah jumpa jejaka pemalu macam ni. Salah tafsir, kalau orang tak kenal yes memang patut u kena label "Sombong" Tapi i know you that well. Tau dah, penyegan. So let it be.

Aku pun nyambung sembang dengan Puteri. Eh boleh tahan ni berborak. Dok cerita pasal Ad time sakit semua. And she dont believe my age. Pasal aku lagi tua dari dia tapi maintain comel *muntah!* Ok gurau.

Dalam 15-20 minit sembang kat bawah tu, ah how rude was me. Tak pelawa naik atas even aku tau tak larat nak mendaki tangga tu tapi at least pelawa lah. Aduyaiii..Lupa! Neves+Kelakar feeling dah macam ape dah masa tu. Haiyoo so sorry.

Nak balik pun just say bye dengan sekali pesanan "Makan tau!" Ceh bunyi macam memaksa, kau tak  makan siap kau. Hahaha.

Naik atas aku dah berguling gelak. Tersengih sengih ingat perangai Ad yang super duper pemalu. Macho tapi Ya Allah awat hang malu sangat cheq tak taw lah!

Pukul 1 pagi baru dapat makan. Poor my boy.

Lepas tu esok tu terus tak dengar khabar berita.

Aku punya cuak tak payah nak cerita la. Asik la cek handphone. Masak pun bawak handphone pegi dapo. Sampai ke sudah diam! Aku dah syak dia sakit balik pasal Puteri kata dia still pening. Lepas tu terfikir isk ke sakit perut aku masak pedas sangat. Hah silly me.

Dan tengahari tadi baru lah replied. Dia mabuk ubat! So aku lega.

Dan yang buat aku terharu, dia kata aku masak sedap! Ok readers boleh cari toilet sekarang untuk muntah. Tak cukup! Tu bunyi tu macam nak suruh masak lagi next time kan? kan? Tak yah tipu. I know you. InsyaAllah, ada kelapangan, boleh la masak lagik.

Till we meet again. Till i cook again.

Hahahaha.

Amacam? Mithali tak aku siap hias hias gini?


1 comment:

sweethOneY said...

Hihihi tu lah lama rupanyaaaaa kita kenal dah la ni baru nak jumpa kan. Thanksss (punya panjang entry, yang kecik bawah tu yang aku nak komen dulu. Kahkah)

Pst, Ad ni boipreng ke apa. Caring semacam je ko. Hihi. Mithali siap hias-hias tulis nama gitu :)