I was there from 28th of March until 1st of April 2012
Bos bawak. Aku, Khairul, KJ, David, Elaine, Jason, Chin Sin, Masdur & Monir. All sponsored. Hotel, tiket flight, makan, foot massage. Lain lain kau pandai la sendiri. Jadi, yea. Memang aku bawak duit semata mata untuk shopping.
Dah lah sebelum pegi tu ada krisis. Jadi pegi sana pun dalam keadaan hipokrit. Nak menangis rasa. Shopping ikut sedap hati beli barang untuk semua orang. Ye lah, aku kan PEMURAHHHHHHH.
Dah la bos aku baik pegi booking yang takde check-in baggage. Just 7kg hand luggage. U know me la. Mana cukup. Baju tudung inner bagai. Kau orang cina dan lelaki takpe lah. Just sarung singlet, shotpant dah setel. Aku? Belum benda benda mekap lagi, moisturizer lah sunblock la make up remover la lens solution la itu la ini la. Habis tukar semua dalam bekas tupperware kecik kecik.
Sebab apa? Sebab tak muat beg. Tapi ada sebab lagi best. Elaine punya make up remover separuh botol 500ml sedap je immigration officer tu campak dalam tong sampah. Khairul punya shower foam pun sama. Lucky me. Aku punya tak kena. Mungkin sebab aku seperated semua benda benda tu dalam bekas lain kot. Sila tiru ye next time.
Dah clear semua, flight delay. Dalam sejam. Then, aku dapat tempat duduk tepi tingkap. Suka! Suka tengok awan. Dan! Nampak pelangi cantik. Subhanallahhhhh. Biasa nampak dari atas tanah je kan? Ni rasa nak pegi meluncur atas pelangi tu. Here, nice kan?
Lepas tu entah macam mana tah, kabus tebal, Bergoyang gila macam nak jatuh kapal terbang. Dah macam naik roller coaster plak aku rasa. Adventure! Hahahaha. Semua pun dah woooaaaa wuuuuiiii. Budak pun dah nangis. Cuak!
Sampai Phuket time zone dia lewat sejam dari kita. So masa sampai sana waktu sana pukul 6 tak salah aku. Tapi cuaca gelap gelita. Dah macam kita pukul 7. Eh, ke lebih awal? Entah.
Dan, tergoda beli simpack sana. Kan sampai sampai sana kan macam blur lagi currency dia. Aku tengok 140Baht. Uihhhh mahal nyaa! Padahal? baru RM14 untuk internet access tiga hari. No phone call. Entah lah aku tak paham jugak tapi ambik je lah. Tapi memang tak boleh call pun.
So, Aku Khairul dengan KJ je beli. Yang lain takde. So berwhatsapp je lah kami. Service dia ok jugak la laju dari sini. TrueMove. KJ kata dah survery, Antara yang terbaik la tu. Ok, no regret pasal aku pakai lima hari boleh kata online sepanjang masa, tak habis habis pun guna. Ada baki 3mb kot. Dapat sms bagitau balance tapi bahasa Thailand. Yang aku paham 5mb je.
Dah lah semua benda tak well-planned, lepas ambik van dekat airport, kitorang balik hotel. Odw tu driver tu singgah macam travel agency la dok cong bos aku ape benda entaaahhh. Sangkut sejam kat situ. Dah lah bapak gila lapar nyaaa.
Sampai hotel letak beg, pegi cari makan. Lepas dinner semua pun balik tido.
Masuk bilik aku dengan dia macam woooaaaaww!! Nice gila.
Kan?
Tak sangka ada balconi, bilik besar ada sofa luas gila, bathtub pun selesa, toilet luas, memang heaven betul. Terus berendam aku dalam tu.
Aku sebilik dengan bos. Bole? Bapak gila ah ketar. Bukan apa. Malas dengar dia merepek. Sembang bab keje la ape aku malas betul.
Untuk honeymoon, newlywed best ah weh sebab tempat baju kat almari dengan tingkap tepi katil tu bole bukak. Kau boleh la main cak cak laki bini, adveture! Kahkahkah. Cuak gak aku dengan bos tu. Dah la katil king size. Tido dengan dia? Mommmyyyy!!!!
Jadi, untuk honeymoon, pilihlah hotel ni, Ashlee Centra Hotel, Patong Phuket. Nice! Tengah tengah town. Sebelah depan Hard Rock Hotel. Kebetulan kitorang sampai tu Rabu. Ada Ladies Nite ke ape perempuan dok main bubbles dalam kolam belakang band yang performe tu.
Hah meleleh lah kau orang semua.
Habis hari pertama di Phuket.
1 comment:
Sebilik dengan bos ok lagi. Tang sekatil terus seram sejukkkkk aku. Hahahaha. Intim gila dah nak taknak terpaksa sekatil kann
Kat Thailand awal sejam beb :D Lagi satuuuuuu, kalau nak naik flight kan memang tak boleh bawak liquid over 1000ml, tapi kena separate kan dalam 10 botol, means 1 botol maximum 100 ml je. Pastu kena letak dalam clear bag. Tu aku pun gigihlaaa beli bekas kecik-kecik hari tu. Kesian la member ko tu mesti sadis je barang kena buang depan mathee T_T
Post a Comment