Hospital Jengka

#Throwback

Cuti Awal Muharram haritu lagi Abah dah semput teruk, tapi sebab ada oxygen machine kat rumah so tak perlu lah pergi hospital. Lagipun susah nak turun naik katil, pegi toilet dan sebagainya sebab kaki dah tak kuat, mana nak topang kaki lagi, so bila banyak pergerakan cepat la letih dan semput.

Tapi, minggu depannya tu, Ahad malam adik bawa Abah ke hospital. Neb je lah sebab nak masuk air pun ada problem jantung & buah pinggang takut juga nanti jadi apa apa. So nurse/MA bagi neb then ambik darah, masuk ward. 

Tapi sebab benda tak lah kritikal & kami tau condition macam mana, so semua pun tak lah kecoh terus balik malam tu. Infact, I masuk office dulu pagi Isnin tu sebab Adik informed warded pun dah lepas tengah malam. 

Esoknya I siapkan kerja, amil half day & balik dengan Abang. So lepas Abang setel kan anak-anak sekolah petang, pukul 2 macam tu I pun gi fetch Abang dekat komuter & kitorang balik kampung berdua je. Dan drama pun bermula. Mula mula nak serang balas tapi ah takpe lah, lantakkan je lah.

Then sampai Temerloh ambik kaklong & anak2 gerak ke hospital. Sampai hospital dah pukul enam lebih. Lepas discuss, okay malam ni I jaga Abah tapi balik rumah dulu lah mandi2 solat makan2 kemas2 barang then pukul 9 macam tu pegi hospital. 

Hospital ni hospital lama tau. Dia takde kelas kelas wad. Cuma satu blok wad lelaki, satu blok wad perempuan, satu blok wad kanak-kanak dan lain-lain. So orang pun tak ramai. So? sunyi lah  hoi. Pukul 9 malam tu nak jalan dari parking ke wad pun tercuak cuak I. Lalu depan public toilet pun tak pusing dah sebelah bila dengar orang keluar toilet hahahhaa. 

Malam nya tak boleh tidur. Bukan sebab takut, tapi sebab panas & tengok tengok Abah, lepas tu ada orang meninggal, nurse berborak borak, kejap kejap terjaga sampai lah ke subuh. 

Tapi hospital ni tenang. Landscape pun cantik, redup. Ah lupa nak snap photo. Huntong laaaa doctor2 & nurse2 yang kerja sini. Doctor pun semua muda-muda lelaki perempuan cina melayu, setakat yang I tengok haritu lah. Dan semua pun okay borak-borak & explain this and that. Boleh kata puas hati lah.

Orang pun tak ramai hospital ni. Maybe jugak sebab weekdays kot. Pelawat tak ramai so I dengan senang hati dapat parking elok elok.

Tapi yang tak berapa nak bestnya, hospital lama kan, toilet dia tak best, sempit & tak ergonomik (eceh teringat time study dulu subject Ergo hahahha) untuk wheelchair & orang-orang tua, katil tak boleh rendah dah la katil senang bergerak, nasib Abah tak jatuh huuu, lepas tu tempat sangkut drip air, rare okay. First time tengok hahahha. Nasib lah sependek-pendek I pun lepas lagi nak ambik  & sangkut.  Kantin dia pun boleh tahan lah tapi surau dia I meant public surau dia best. Luas & selesa.

Day 3


Wad Lelaki Hospital Jengka. Kira nya kalau budak budak tak boleh masuk atau nak pass pass barang boleh je hah pass ikut tepi tingkap. Gituuu~

Can you see that? Drip tu gantung gitu je hah lol




So 5 Malam 4 Hari Abah admitted. Alhamdulillah hari Khamis dah boleh keluar.


No comments: