Beli Nombor Plat Kereta

I adalah zero knowledge pasal kereta, JPJ dan segala bagai yang berkaitan. 

Niat nak booking nombor plat ikut birthday mak, 2303. So bagitau lah dekat SA nak plat Pahang dengan nombor tu. Ingatkan free. Kahkahkah. Rupanya bayar ya. 

Dia macam ni, kalau nak plat mana mana negeri pun free. Ya, FREE! Tapi FREE tang plat alphabet tu je lah. Yang nombor-nombor tu kalau nak nombor cantik ke tak cantik ke bayar lah!

Kalau yang FREE tu contoh, sekarang nombor yang tengah running - contoh macam Pahang:-

So kalau kau duduk KL dan nak nombor Pahang sekarang, berkemungkinan akan dapat nombor CDU4187, CDU4189, CDU4190 and so on. 

All by whatsapp, online transfer & email. Trusted!

Yang I masa tu blur, kata nak nombor 116, 2303. Sampai SA tu pening siap call explained. Dia kata, nombor sekarang tengah running masa tu dah start dengan 2XXX. Jadinya tak boleh lah nak ambik nombor sebelum tu. Kalau nak kena tunggu next abjad - CDV. Macam cun juga CDV tapi lama lagi lah. So I is tak sabar so okay lah ambik lah CDU 9XXX. Okay. Dapatlah sebab apa? Sebab atas pada 2XXX. Paham dak? Paham kot. I je bangsa blur tak sudah sudah.

So I pun list lah few. 
1) 9XXX - Nombor skuter mak, nak sama dengan mak. Berkat konon katanyaaa~
2) 7XXX - Nombor birthday 
3) 8XXX - Nombor birthday 
4) 8XXX - Nombor birthday

So pagi jumaat hari yang sama nak sign loan tu, bagi dekat SA nombor ni semua, petang lepas sign agreement, SA informed dapat nombor yang I list tu yang first tu, Alhamdulillah. Call mak bagitau dapat nombor yang sama. Suka kitorang hahaha.

Lepas tu SA send nombor runner dia yang pegi setelkan  hal booking ni. Bayar lah pulak ke runner ni:
Nombor (JPJ) - RM200
Tender (JPJ) - RM10
Runner - RM50
Total: RM260.

Boleh jimat RM50 kalau pegi beli sendiri dekat JPJ tapi bila nya nak pergi entah?

So macam tu lah kisahnya beli plat nombor dekat Malaysia ni. 


No comments: