[Review] Lelong.Com.My - Shake n Take 3

Dah lama sebenarnya usha nak beli benda alah ni.
So haritu order lah online lepas puas survey.
+/- RM40++ untuk Shake&Take Ver. 3. blender + 3 bottles.
Beli di lelong. Link : Shake & Take 3 
1 botol air detox, 1 botol air coklat oat, 1 botol spare. 
As Seen On TV katanya. 
Mula mula dapat sakanlah blend buah lah, susu+pisang lah for breakfast usually. Lepas dah seminggu takde derrrrr, kuasa dah nak berbuah bagai.

Gigih sangat. Fresh Milk + Rolled Oat + Flaxseed + Habbatussauda' + Pisang

Blend semua sampai hancur dan minum. Sedap uols!
Lepas dah lama takde dah haaa. 

Now I stick to rolled oat (yang dah siap blend halus), flaxseed & susu tepung coklat brand Dutchlady.  
4 sudu makan susu tepung coklat + 2 sudu makan rolled oat + secubit habbatussauda + 1 sudu kecil flaxseed = Blend halus & goncang masa nak minum. Kenyanggg.
I am addicted betul susu coklat. Pagi petang siang malam tak kira masa nak minum hihihi. 

Air detox tu cemana?
It depends. 
Kalau rajin, malam before tidur hiris lemon, timun, limau nipis, cuka epal, masukkan air & sejukkan. 
Kalau tak berapa nak rajin, sebotol air letak cuka epal/delima sahaja. Atau tambah madu sikit.
Kalau terajin sikit lagi, rebus 2 sudu makan halba, tapis masukkan dalam botol tu, letak madu & cuka epal/delima. 
**Halba = Untuk cuci perut & darah, buang angin,  especially waktu datang bulan. Juga untuk melancarkan usus dan lain-lain khasiat boleh baca di sini.


2 comments:

sweethoney86 said...

Overnight oat aku satu malam je buatnya hahha pastu harammmmmm hahaha. Apa aku nak buat ek rolled oat aku bebanyak tu T___T

Hayati Suhari said...

Izza, kalau ko jenis suka minum susu, amatlah dipersilakan untuk tiru style aku ya. Blend je semua n minum terus. Oh ya, satu lagi, rolled oat tu yang blend aku buat mask & cuci muka. Serious sekarang takda pencuci muka lain dah. Chemical free kekdahnyaaa. Nanti up entry pasal tu.