Pray For This Baby..Dian Natrah

Few days back, Dian masuk hospital. Lemah. Bila minum muntah, minum susu muntah. Lembik. So bawak hospital doc tahan. Kelmarin baru dapat tau, ada ketumbuhan dalam otak. Aku punya lah terkejut gila. Tak tau nak respond camana. Bergenang jugak la air mata.

So doc decide nak bedah semalam. Kami satu family cuak sangat. Risau. Takut. Berdebar. Doc kata ketumbuhan tu dalam otak, bukan sipi sipi ke ape. Takutnya aku. Dah lah baby comel gila. 11 bulan baru. Tak putus putus doa.


Pembedahan berjaya
*************************** 
Ok. Ini entry draft dah lama bulan lepas. Lupa nak update. Gambar gambar dekat atas masa Dian masih sihat walafiat. 
*************************** 
credit gambar to : Kak Diana

Kat atas ni pulak gambar gambar Dian masa dekat Hospital Sungai Buloh. Sangat menyayat hati. Ape lah baby besar ni tahu? Dah la nak gerak kiri kanan tak berpa nak boleh. Takut wayar kat kepala tu tercabut. 

Tapi Dian is a very strong baby. Lepas operation je dia cepat sedar. Sangat kuat dan tabah. Macam mak dan ayah dia. Skang ni, Dian dah di pindah ke HKL. Gambar last belah kanan bawah tu yang mak dia dukung pakai sweater tu masa dekat HKL kalau tak salah aku. 

Dian kena masuk HKL untuk buat kimo. Bayang kan ah baby besar nak nak buat kimo? T____T Lepas ni try jugak la rawatan rawatan alternatif. 

Untuk sapa sapa yang baca ni mintak lah korang doakan kesihatan dan kesejahteraan baby ni. Kalau ada yang parents dekat Mekah tu sampai sampaikan lah doa. Thanks a lot. 

Oh, baby ni anak kawan baik abang. Kitorang selalu kata dia ni awek Adam anak buah aku. Muka pun dah iras iras Adam. 

Semoga hanya yang terbaik untuk Dian Natrah. 

Untuk Kak Diana & Abang Idan, jangan putus asa. Doa, usaha, tawakal. InsyaAllah. Semoga terus kuat dan tabah. Kami semua sentiasa ada. 

Amin. 

*Tak payah lah nak tanya soalan bodoh like "Eh u tak sedih anak u jadi camni? Tak nangis pun" Come on la. Takkan orang nak nangis depan depan public? Orang tak siuman je tak sedih ok. Tak payah la nak tunjuk konon konon kau sorang je la yang concern pasal anak. Tau jaga anak. Tak payah nak kelam kabut sangat. kelakar. Baik dekat alam maya atau realiti.*

1 comment:

Lady RaRa said...

tak nak bacaaaaaaaaaaaaaaaa..


comey sangat dia wey. kesian. ya allah lindungi la dia. amin