Unwell

It's been two weeks. Batuk, kahak, selesema. Memang kali ni malas betul nak ke klinik. So ambil ubat pharmacy saja. 

Two weeks yang hectic gila. Abah masuk hospital, kali ni teruk dari selalu, Mak dah risau call semua suruh balik, empat hari balik kampung ulang alik hospital, balik KL kerja pejabat lagi, then hujung minggu balik lagi ada bacaan Yaasin pulak.

Isnin, ambil cuti uruskan ubat abah. Hospital reject, kena ke Klinik Kesihatan. End up, alang alang dah ke klinik kerajaan terus lah jumpa doktor minta ubat sekali. 

Bila doktor tahu dah 2 minggu tak elok batuk, dia suruh bagi sample kahak untuk check kalau-kalau ada jangkitan kuman even though lungs, dada semua clear. 
Tiga papan guys antibiotik nak kena habiskan 


Dah la sebelum masuk jumpa doktor tu dah selambak kahak keluar sebab batuk.  Lepas tu nak menunggu ada kahak balik seksa betul. Sikit je dapatnya. Lepas hantar ke makmal, gerak balik.

Ke Mentakab-Temerloh-Mentakab-Balik. Longgar lutut rasa dengan hujan lebatnya. 

Esok pagi nak balik KL boleh pulak terbangun lambat, kelam kabut gila. Lagi berapa meter nak sampai R&R Lanchang, terbatuk batuk nak muntah kahak tapi cemana, melelong jugak kereta jap lagi, bertahan bertahan sampai parking terus muntah.

Dah cair kahak, selsema pulak. Lets pray supaya tak demam. 

Tunggu next week for the result. Harapnya takde apa lah. 


No comments: