Mewarna Dengan Secret Garden

#SisTerjebak

Finallyyyyy! Puncanya, nak beli pencil color je untuk siapkan Adam punya kindy keepsake jer. So pergi lah ke stationary shop. Kemudian, ternampak lah pulak mini book of Secret Garden by Johanna Basford yang famous amous tu. Kalau original book tu, satu copy dalam RM40++ kot? Tapi yang ni mini version but I bet copy punya (Yang translate tulisan cina kat cover page tu) hahaha tapi still, kertas dia tebal. Dan yang paling penting harga dia RM4 sahaja. I ulang, RM4 sahaja! Tell me, gila tak beli?

So bermula pada tu mula lah I pun, beli  Faber Castell Color Pencils (12pcs), Faber Castell Twin Tip Markers, dengan Stabilo Swans Color Pencils (24pcs) beserta Dolphin Sharperner.

Balik rumah apa lagi, gigih lah mewarna lepas dah settle semua kerjaan petang-petang tu. Dan, leka. I found it very interesting activity to killing times, relieve stress. Memang tak sedar sekejap je masa. Sambil pasang MP3, shows, ceramah ke apa apa lah while colouring tu. Best!  Engagement dengan smartphone pun dah kurang this week, takde lah mengadap KDrama & tidor je sepanjang hari  kan? hahaha. Tell you what, Faber Castell color tu jenis gemuk gemuk tiga segi, sakit jari weh!

Dah tu, esok nya keluar settle few things, singgah lah ke 99 Speedmart, terbeli lagi pulak LUNA Pencil Colors (24pcs) dengan AStar Magic Pens. Hahahaha matiklah terjebak teruk ni. Tapi puas hati sebab various colors dapat!

Last night, sambil tengok Mentor pun dok color, tak lah  bosan sangat mengadap je TV tu. Housemates tengok semua like wow! Cantiknyaaaa. Kakakakah. 

Tengok sikit cantik ke tidakkkkk;
Page 1

Page 2

Page 3

Page 4

Page 5

Page 6


Ni kalau bawak balik kampung ni, soheh anak-anak buah I mengecek ni. Habislaaaaahhh
Kasi chance lah, Makde sekolah dulu mana nak dapat color 24pcs ni ha.
Tu nasib tak gila lagi nak beli yang 48 colors. Semoga sampai seru yang yang 48 colors plak.
 Tapi, 24x2 pun dah 48 what! Hahaha

Ini kalau bawak balik kampung pencil color I ni habislah confirm anak buah mengecek ni. 

*Disclaimer: I enhance kan sikit color using apps*
*Sebab ada page yang berulang-ulang gambar dia so I just skip that page, ehe*

P/s 1: Sedang mengintai original version of Secret Garden by Johanna Basford. Oh tak sabarnya. Tak mengapa, habiskan yang mini ni dulu. Juga 48 color pencils & color pens.

P/s 2: Kedai stationary dekat office ni ada buat promotion Sharpie market pen satu RM3, 6 RM12. Jangan goda please. Dah pegang letak, pegang letak dah tadi, Uh!



No comments: