De'Xandra Perfume - Beli Kat Mana?

So, nak kata ni, I pun dah terjebak dengan De'Xandra perfume. 
Nak cuba lah, betul ke orang kata perfume ni 95-99% sama bau dengan original? 
Murah sah sah berganda-ganda harganya kan. 
Makin lama makin banyak testimoni so mestilah macam okay kan?
Ok so mari kita try. 

Mula mula I dapat seller ni dia based kat TTDI ke mana entah then kat eCurve so dekat lah kan. Rupanya, dia buka booth je kat situ tapi tak sempat nak COD and then mula mula I pilihVS Bombshell (walaupun dah rasa confirm takde stock) sebab hot seller sangat. 

Dah takde tu, seller tu suggest try Mavie atau pun Bond No. 9. 

Dia kata note buat dia sama notes (eceh, lepas survey-survey baru reti & tahu notes tu kira macam asas-asa pati perfume tu lah. Kan? Ke salah? Lol). 

So I pun cam tak jadi la beli dengan dia. Nak juga cari COD. 

So, browse dalam FB group nearest place. Okay ada seller. 

So text dengan kakak tu, deal. Nama dia Kak Mah. 


Alhamdulillah senang sangat berurusan, kakak ni pun sangat ramah & friendly. 

Janji jumpa dalam pukul 8, okay lah boleh terus pergi teraweh lepas tu. Samalah, I request VS Bombshell dan memang habis stock. Kak Mah suggest Gucci Floral tapi I macam tak berapa suka. Dia cam bau bunga-bunga ke cemana eh? 

Then suggest pulak Lancome Tresor Midnight Rose, Dia kata kalau bau mesti melting. Wah wah... 

Disebabkan I kalut tak tahu nak pilih which scents, I pun minta Kak Mah bawa je semua stocks yang ada nanti I pilih lah. Amboi kau demand. So okay, then Kak Mah kata ada FREE TESTER! Hoi siapa je dalam dunia ni tak suka dapat barang free? Hahhahaha. Bersinar sinar biji mata rasa. 

So jumpalah dan bau. First bau yang menangkap hidung I was Still by Jennifer Lopez. Serious suka sangat!!! Bau dia buat I rasa refreshing! Terus decided nak yang tu.

Pastu bau bau lagi  dan I pun dah pening, last-last ambik la Tresor Midnight Rose by Lancome tu. Yang itu terus spray lah cerita dia. 

Lepas tu pilih lagi 2 tester. Tester ni bentuk roll on 3ML. Pun jenuh sebab kecik-kecik & sekotak. Jenuh belek & bau. Last-last ambik La Vie Est Belle by Lancome & Forbidden Rose by Avril Lavigne.


Mine :)
**Percuma sampul duit raya


Borak kejap bayar then pegi teraweh. 

So I sangat suggest siapa siapa yang nak beli DeXandra ni sekitar KL silalah beli dengan Kak Mah ni. Service tiptop, layanan mesra sangat!

:)

Okay, why DeXandra?
Meh info sikit:-

MARCH 2015, Pengasas De'Xandra PUAN ERNAYANEE NUR BINTI JULAIMI mewujudkan produk De'Xandra selepas 5 tahun beliau berniaga PERFUMES dari pelbagai jenis perfumes iaitu dari Pati Perfumes sehingga original perfumes. Beliau banyak membantu pelajar & surirumah berniaga secara online menggunakan program dropship beliau sehinggakan 1 hari beliau merasakan ramai lagi tidak terbantu disebabkan permintaan perfumes yang beliau terima melebihi dari pengeluaran yang dapat di hasilkan. ( DEMAND > SUPPLY ).

Disebabkan kesukaran mendapat stock & stock adalah terhad beliau merancang hampir setahun untuk mengeluarkan PERFUMES sendiri & Kajian beliau selama 5 tahun mendapati terdapat 3 ciri-ciri permintaan yang paling utama ramai penggemar perfumes;-

1) TAHAN LAMA TAK?
Beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yangterbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT TAK?
Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya. Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari EKSTRAK TEBU dan ianya BOLEH DIBAWA SOLAT!

3) BOLEH BAWA TRAVEL TAK?
Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa.
Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra terbang bersama.

LAIN2:-
1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

So, tak nak beli ke?

**Haritu officemate Chinese tanya beli perfume kat mana sebab bau best. Apa lagi, hasut lah suruh beli hahahha.



No comments: