My Best Friend's Wedding

23.04.2016

Big Day For Along & Pasangan, Bob.

Selamat Pengantin Baru 


Dulu masa zaman belajar, pernah janji la siapa kawin dulu kita akan datang stay dekat rumah pengantin seminggu. Hahahahah seminggu yaaaa tak tahannnn! Nak bolehkan cuti sehari pun bercintaa! Tapi, Alhamdulillah we made it finally! Dapatlah bermalam semalaman kongsi cerita kongsi gembira kongsi bahagia. But actually no pillow talk pun. Macam nak pengsan kepenatan masing masing, dapat bantal terus zzzzzz.


So, Alhamdulillah dengan sekali lafaz selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Barakallah. Doa aku semoga korang berdua kekal bahagia selamanya selagi nyawa dikandung badan. Semoga menjadi pasangan suami dan isteri yang soleh dan solehah serta sentiasa sabar , matang & bertolak ansur dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 


Im so happy for you Long! Gembira & syukur sangat. Tu yang ternangis time hugs kat masjid 
Mengalir juga air mata. I am so happy for you!



See..when the right time come, insyaAllah dari awal hingga ke saat ijabkabul semuanya Allah permudah. Dari zaman kolej, zaman kurus kering but you still kurus sampai sekarang. Aku je mengembang. Ini tidak adil!! T___T

Alhamdulillah



Bob! Jaga Along molek2 okay. Sayang & cinta dia sepenuh hati, jangan sakitkan hati dia, jangan buat dia nangis, gembirakan dia selalu, be with her all the way, grow old with her & bahagiakan dia selalu. Semoga rumah tangga korang sentiasa dipenuhi kebahagiaan, keberkatan & dipermudahkan semuanya.

Along's Family


Terima kasih untuk Abah & Ma, Uncles & Aunties, Cousins sebab bagi layanan yang sangat sangat sangat baik, mesra dan selesa sampai rasa macam the real family & relatives. I really appreciated that, terharu & akan sentiasa kenang insyaAllah. 


Bak kata Cik De, sedara jauh gituuu. Cik De selok suka bila Farhana (Kalau tak salah namanya) teka umur Cik De muda than me? Hoih hancurrrrr hancurrrr akuuuu~. Hahahaha. Dik, Cik De awok tu anak sulung dia dah Form 3 dik. Akok mu ni, anak tekak je ada dik. Muda lagi akak ni dik. Please ah dong!!

After Akad




Anak anak dara. Manis manis belakaaa~

Aicehhhh. I lah ni punya idea hahahha. Masa ni dah berpisah dengan OP 

Ma kata kalau confirm awal-awal boleh jahit baju sekali T____T

Ah lawa I is jealousssss

Untung rumah dekat dengan pantai. Gambar super awesome!

Along untung laaaa ramai cousins perempuan, makaaaaaa bridesmaids dia memang meriah laaa! Comel comel pula tu semua!

Jadi isteri yang solehah ya. Hugs!



video


Last, both of us make up by Neyna Touch.
Kawan masa sama-sama diploma.
Sesiapa area Kuantan/Rompin nak make up service by her boleh ke instagram dia
https://www.instagram.com/neyna_touch/

P/s : Raya tahun depan dah boleh rasanya nak bagi duit ke baby ZeeRashdanJr. Eh?




No comments: