Nak Hilangkan Kuning Baby?

Dekat seminggu lepas balik rumah, Fia kena jaundice. Rabu, kena tahan semalaman kat hospital. Khamis petang boleh balik

Jumaat, masih pegi klinik ibu dan anak untuk checkup. Risau. Keluar hospital kuning dia 210 kalau tak salah. Tiba tiba check naik 213 pulak. Mula la menggagau cari tips nak turunkan kuning. Ada orang suggest bagi baby minum anggur hijau lah apa lah. Titik titik mcm tu je lah Tipsnya dapat dari emak yang ramai anak. So agak boleh dipercayai tapi aku tak berapa setujulah pasalnya baby kot. Tooooo fragileeeee nak bagi minum benda selain susu. Alangkan air masak pun doctor tak bagi, ini pulak jus anggur. Amboi!

Then, kami try mandikan dengan air herba cina. Beli kat kedai ubat cina, mintak je ubat mandian herba untuk baby kuning. Better cari yang dah siap pek macam teh uncang so that bila masak air tu takde berterabur hampas2 nya. 

Other than that kami try bagi dia air zam zam, titik titikkan kat mulut dia, usap usap badan n mandikan dengan air zam zam, Alhamdulillah, next checkup on Isnin, turun 180 even though doctor target 150. Okay lah tu banyak tu dari 213 ke 180 kan?

Sebenarnya tak tau dah hak mana satu yang menjadi, mandi air herba cina ke atau air zam zam tapi aku rasa sebab air zam zam lah kot. Kan banyak khasiatnya air zam zam tu. So nak kabo, y not cuba air zam zam kan dari bagi jus epal la jus anggur la susu kambing la. Susu kambing tu pun entah steril ke idokkkk bagi anak minum begitu sajaaaaa huish. Ya, of cos lah susu ibu terbaik tapi dah kalau yang ada masalah dengan susu ibu tu macam mana lah pulak kan...

So, cubalah.

Derrrrrr..membebel macam dah beranak. Bhahahhahahhaha. Sudah lah kau. Diam situ.


No comments: