Photochromic Lens

Apa itu Photochromic Lens?
Photochromic lenses are lenses that darken on exposure to specific types of light, most commonly ultraviolet (UV) radiation. Once the light source is removed (for example by walking indoors), the lenses will gradually return to their clear state. Source : Wiki

Atau bahasa pasarnya, bila kau pakai spek yang berjenis kanta photochromic ni, bila terdedah dekat cuaca panas, kanta/cermin spek kau tu akan berubah perlahan lahan menjadi warna hitam. Dah tak payah nak pakai spek mata itam lagi dah. Jimat!

Nak di jadikan cerita, penukaran spek baru ni takde langsung dalam list 2013 aku. Yang ada nak mantain pakai contact lens sampai ke sudah. Tapi nan ado. Minggu lepas, mata aku teruk gila tahap merah dia. Sangat! Dah macam hantu. Hantu pun kalau lalu sebelah takut gamaknya. Dah dua tiga kali dah merah tapi aku biarkan juz letak ubat ok hilang. 

Lepas tu kali ni, mata rasa gatal dekat tempat kerja, then terlupa nak bawak lens case. Cuma ada solution. Jadi kerap lah basuh lens masuk balik dalam mata. Tahan je la. Bila sampai rumah, berkipas lagi (maybe habuk, baru terfikir) bila bangun tengok cermin, dah konfius. Ni orang ke hantu ni?

Bukak lens, titik eyeglo then tido. Esok pagi bangun, still tak berkurang.

Ah, tak boleh jadi. Pegi klinik. Doktor agak menyakitkan hati lah. Dia cuma suluh dari jauh dan tanya ada keluar tahi mata tak? Lepas tu tulis dekat report card. Aku dah terpinga pinga dekat situ. Tak pasal pasal aku pulak explain ke doktor tu, Er..saya ada pakai contact lens semalam doktor. Dia pesan jangan pakai then suruh keluar amik ubat. Aik??

Ok lah, amik ubat then keluar. 

Singgah kedai spek sekejap cadang nya nak tambah power.

Tapi uncle kedai tu bagi great service plak. Explain this and that kasi diskaun bagai. Maka:

Photochromic Lenses = RM280
New Frame = RM40
Total = RM320

Seriously, frame murah yang amat! Murah ok murah! Tanyalah sesapa yang pakai spek mata RM40 for new frame adalah sangat gila murah!! 

Power kiri kanan naik 200. Silau pun naik near 100. Gilo!

Tapi itu kira tak power sangat lagi lah kanta tu. Ini Korea brand. Kalau Japan, nama dia "Transition Lense" (tak jumpa pulak Wiki). Kalau transition, peralihan clear lens ke darken lens tu zaaasssss laju! Kalau yang macam haku ni slow sikit lah. Yang japan tu around RM500++ Next time lah ye.

Tapi kan! Aku rasa sebab aku tukar brand solution lens tu yang mengarut mata jadi merah tu kot! Dulu pakai Solocare, siap tergelincir dalam sungai, mata terbukak bagai dalam air masa kat Taman Negara relaxxxxx je mata tak de apa pun. Ini? Tukar FreshKon terus tak betul. Ke, kita pakai balik lens guna solution Solocare. Amacam? Boleh Dato'? Hahahahahaha memang tak dapat la cite dia kaannnn~ Bawak bawak la insaf sekejap dari pakai lens Setahun, Dua tahun maybe? Maybe. Ehe.

New frame:
Helloooo~ is it me you're looking for?


Selamat malam. Assalamualaikum.

1 comment:

Farhan Nasir said...

nape murah sangat ? hahaha...

http://paanasir.blogspot.com