Why Axia?

General Knowledge:
Kenapa nama dia Axia? Sebab ini model Perodua Ke - Sepuluh (X) & Malaysia pulak adalah negara Asia. Jadi bila bergabung meletop jadilah AsiaX atau diringkaskan, ganti S tu dengan X tadi, maka jadilah Axia. Kesahnyaaaa~

So kenapa you pilih Axia?

1)  Murah katanya. Harga mampu milik. Tak lebih RM500 monthly, so boleh lah.

2) Kecik. Dulu dulu I suka Honda Jazz (design lama) then Axia ni pun ada sikit-sikit ceciri tu , dia tak kembang, shape dia lawa. Dulu mak suruh amik MyVi mati mati I tak  berkenan dengan design dia yang kembang tu. No butthurt. Tapi MyVi sekarang  banyak dah design yang cun kot. Tambah skirting apa bagai, SE ke Advance ke, cun jugak lah. 

3) Design smart & nampak garang - SE & Advance. Handsome betul I rasa Axia Halilintar I neh hahaha.

4) Eco? Jimat minyak katanya. Jimat ke? Entah. Jimat la kot. Tapi I selalu isi RON97 sebab baca review orang kata kalau kereta cc kecik ni letak minyak tu lagi smooth & jadi ringan. Adik & Kaklong pun suggest sebab kereta tahan lebih lama ke cemana entahhhh. Disebabkan kerja dekat gilaaaa & hanya jalan jauh kalau balik rumah Abang atau balik kampung, maka boleh lah bagi minum RON97.

5) Abang kata maintenance murah, Infact, first service pun tunggu nanti cecah 5000KM. Haritu dah 1000KM dah call service centre. Yang mujur tak pergi je lagi hahaha. Baca review, bayar pun tak sampai RM200, ke free entah? Tapi tengok keadaan lah jugak. Mine nanti kalau ada rezeki lebih & murah, nak pergi cat yang calar sekali. 

6) Perempuan kecik bawak kereta kecik sudah lah ye tak? Perempuan kecik ni sajaknya bawak kereta kecik atau kereta tinggi je I rasa lol.

7) Penakut nak bawak kereta besar (tak pernah bawah pun infact hahahahah)

8) Lain lain expenses. Monthly - Bukan setakat nak bayar installment saja. Mana nak duit minyak, tol, parking, saving untuk insurance lagi dan lain lain hal - entah tayar pancit ke, rosak ke, accident ke (nauzubillah)

9) Sorang. Takde penumpang. Paling paling balik kampung bawak Mak Abah & anak buah tiga empat ketul tu. Tu je.

10) Alasan paling hebat sekali - Adam yang suruh. Hahahahah. Adam kata Makde beli la Axia Merah, barulah Boboiboy Halilintar. Axia Ummi kan kuning, tu Boboiboy Angin. Ceh. Ya memang Makde beli ikut citarasa kau nak. Color pun ikut kau sebab tak tahu nak pilih color apa.  Lepas tu aku mintak figurine Boboiboy Halilintar tu nak letak dalam kereta buat trademark boleh pulak hilangnyaaa.

Handsome ha. Tapi masalahnya benda ni mahal oi. RM30.
Tapi rasa berhajat jugak nak beli ni nanti. 


Nah, halilintar awak.
Spot Luthfia. Sama naik kaler.
Merah ang ang. Kalah rambutan rumah mak.

 Plat number nak sama dengan skuter mak lah konon nya mula mula baru lah  "Kap Ba Ro  Kaf Alif Taaaa Nun!!! Keberkataaaaannnn , Ingat tu Mohd Adif? (Dunia Baru, remember anyone? Lol)"


Takde pulak gambar yang garang dari depan tu. Later lah. 

Semoga berbakti dengan baik ya sayang. Be good to me, I will always love you, cherish you. Muah!~


No comments: