Decathlon - Tempat Shopping Barang Sukan

Kalau kaki sport, I think mesti dah biasa dengar pasal Decathlon ni kan? Dekat je dengan rumah ha, tapi tak pernah perasan. 

So Decathlon ni kira macam syurga shopping untuk kaki sports lah. Sebab murah & banyak pilihan. Macam macam ada. Baju, kasut, seluar, tuala, botol air, basikal, bola, kemah, yoga mat, peralatan renang & macam macam lah oi semua ada nak apa cakap je. 

Mula mula SIL yang nak pergi, nak cari kasut sukan Adam. Dah alang alang dekat rumah I join lah. Sekali dok whatsapp ke cousins, dah semua terjebak. Si Fendi terus mintak birthday present as return, nanti exchange dengan dia belanja makan. Dan dan tu lah terus discuss dengan Ayong share beli. Hahahaha. Bertabah lah bincang birthday present dalam group. 

So Fendi tengan gila marathon so dia nak la apa benda nama entah yang letak dekat pinggang boleh letak kunci-kunci & botol air tu. Okay jumpa. 
Si Fendi nak yang macam ni lah. Okay ada jual tapi bukan brand ni lah. Siap botol air, harga RM60.

Si Ayong & Fara pulak nak yoga mat. Okay, beli. 

Me? Takde beli apa pun sebab I bukan kaki sukan hahaha.


Gila ke tidokkkk
Lepas tu menjebakkan housemate pulak. Ha lepas ni sesiapa nak pergi, sila lah. Harga dia macma fix price je dan macam takde GST (ke dah included entah). Lokasi dia dekatk bangunan 8trium Sri Damansara, sebelah court. Building 8trium tu tepi jalan dah nampak kalau nak menghala ke Damansara Damai / Sungai Buloh tu belah kiri. 

Selamat bershopping & bersukan.

No comments: