#Throwback
Cuti sudah habis sis~
Cuti sudah habis sis~
Beratnya hati nak balik KL Tuhan je lah yang tahu.
Takut nak drive, takut jammed, risau nak tinggalkan Mak dan macam-macam lah.
Dalam pukul 3.45pm macam tu lepas dah salam-salam Mak Abah, inform Abang & family group nak balik, on bluetooth, pasang MP3, so I pun gerak. Kereta banyak hoiiii.
Ceritanya, orang laju, I pun laju, orang tak slow, I slow hahahaha dah macam apa slow gila time kat corner. Lantak lah, yang penting I tak lah slow nak mati sampai 40/60kmj (ada okaaayyy) dan duduk lane kiri, nak potong, sila ke lane kanan. Paling paling pun 70kmj, dan paling laju pun tak lebih 120kmj. Okay apa kakakakkah.
Sekali bila dah melepasi laluan yang hazabedah tu (Bentong ke Genting Sempah), phew Alhamdulillah tapi nak ke Tol Gombak tu pun boleh tahan laju turun bukit dia, laju weh, takut I. Jam jam tu jugak lahhhhh Abang call nyaaaa.
Tidak la I nak menjawab nya kan.
Tapi! Luckily Alhamdulillah sebab connect bluetooth handphone ke kereta, bila 3 kali ringing, dia auto answer, wahhhh! Mak sukaaaa~ So I tak sentuh handphone atau apa apa terus ke cakap. Loud & clear!!!
Kesahnya, SIL tertinggal handphone & susu Adam pun tertinggal, sebab I tak gerak lagi masa tu so I bawakkan nanti jumpa kat mana-mana.
Sekali masa Abang call tu dia tanya kat mana, I kata dah nak sampai Gombak, tapi masa tu dah start jammed sikit, biasalah tu, dalam 2KM kot slow gila nak sampai ke tol. Abang terkejut kata hah? lajunya! I tengok jam erkkkk 5:30pm. Plus minus dalam 1jam 45minit sampai Gombak? Woi! I pun terkejut hahahahah.
Eeee nak masuk lane kanan untuk Smart Tag, risau betul orang tak bagi masuk hahahhaha. Tapi lepas dah masuk tu dia punya jammedddd, lama betul, slow gila sampai lah ke Bt Caves terus jammed. Naik & turun bukit, belakang I pulak lorry, rapat pulak tu. Nak menangis rasa. Takut tersalah tekan minyak atau brek, mampos I karang. Dah la jam jam tu nak terkencing nya bagai.
Hmmmm |
Orang tak biasa jammed. Fokus berganda-ganda. Kang mana tak perasan motor cilok, dengan orang depan nak masuk lane nya tak bagi signal or I pun tak perasan, nasib tekan brake, kalau tekan minyak? Nauzubillah. Jammed sampai lah Taman Layang-Layang, hmmm standard lah tu. Lepas pada tu clear, sampai rumah dalam 6:30pm. Baca whatsapp Adik kata Abah kena hypo pulak tak lama pastu, buatkan air gula, sampai rumah call Mak Alhamdulillah tahan sikit lah hypo Abah tu, tak perlu bawak hospital.
Then, Alhamdulillah, Thank You Allah for the journey.
No comments:
Post a Comment