Lady Driver: Pertama Kali Drive Di Highway

First time bawa & park area office
Ini ikut nasib je sebab belakang tu junction. Ngam ngam belok naik junction tu ada kosong terus lah kan.
#Throwback

So Jumaat siang tu Abang tanya jadi tak nak balik rumah dia? I kata jadi tapi dia kena datang office lah. I memang tak berani nak bawak. So lepas magrib dia sampai. Kitorang pergi isi minyak. Ngam ngam lah time tu dia nak gi toiletnya. I pun alih la kereta sementara nak tunggu dia keluar toilet tu. Haram failed! Bapak la dekatnya amik side muat muat je kereta sebelah. Sendiri geleng kepala. Hahahaha.

Abang tanya nak bawak tak? I dah geleng. Tapi dia insist jugak la suruh.

So kami masuk highway NKVE sampai lepas Saujana Putra Abang kata nanti bawak dari situ sebab jalan tak sibuk tak banyak kereta. 

Adam pulak banyak celoteh nya biasalah lama tak jumpa tapi I tak berdaya betul nak melayan celoteh dia. Maaflah nak. Makde kau nervous macam nak tercabut jantung. Nampak je signboard Saujana Putra dah dupdap macam apa dah.

So lepas tukar seat, Abang guide la drive. Cuak jangan cakap lah. Dah la jalan gelap. Asyik termasuk jalan orang, terkilas stereng banyak. Tapi gatal juga memotong tu. Dah memang gelap gelita kat belakang tu redah je lah. 80km tu pun I rasa bapak lah laju gila nya. Then merasa lalu smart tag. Okay berjaya lalu, yang ni passed.

Then asyik failed je control stereng, last2 Abang tolong control stereng. Dia ajar masuk lane sebelah tapi macam mencurah air ke daun keladi je laaaahhhh, dia yang tengok kereta belakang semua. I just bagi signal bila dia kata masuk, I masuk. Takde der nak tengok beria kereta. Tak reti okay! Dah la dah masuk lane pegi slow, nasib tak kena cepuk. Dah tu dia kata kat IOI tu jalan sibuk sikit. Harus lah cuaaakkkk!

Last2 sampai lah kat rumah tapi takde parking pulak. Ada tu dekat pokok pulak. Last Abang yang parking kan & pasang Smart Tag siap siap depan supaya senang next time. 

Gigil jangan cerita lah kan. Hilang senggugut! Hahhaha serious rasa melayang je.

Masuk rumah salam SIL:

SIL: Cemana? Ok ke?
Me: Okay sangatttt. Macam orang gila~
SIL: Mabuk ke tak? (Tanya kat abang)
Me: Mabuk teruk
Abang: Mabuk ketum. Kena banyak practice

Lol!

Lepas tu kitorang tengok video pegi Perhentian pun I tak boleh nak feel excited tu. Debar tak hilang-hilang, penat & segala bagai lah. Then whatsapp Adik cerita-cerita last2 dia kat nanti dia datang I drive balik kampung dia duduk sebelah.

Esoknya me & cousins ke hospital tengok Aunty & pergi mall, pergi rumah Aunty, pegi KD amik kereta, hantar cousin SA, balik kajang, patah balik SD, tapi still not me lah pegang stereng. Semua cousins. Hahaha. Balik tu memang takde parking, so cousin park dekat luar. Esok pagi tu terpaksa lah I bawa masuk ke dalam area rumah. Dapat la parking serong, itu pun dekat 5 minit nak mengejas. Ada pulak lah brader mana entah nak masuk rumah dia dok buat lambat-lambat, I dah ketar-ketar heyhhh tak yah la tengokkkk.

Right now, terus rasa nak ambik refresher class kat kelas memandu. Memang dah tak mampu ni. But first, balik ni belajar dengan Adik & Abah dulu kaw kaw seminggu. Yang penting belajar parkinggg pleaseeee rumah ni dah la hazabedah parking dia. Kalau duduk kat rumah mak lantak lah nak parking senget benget pun. Paling2 parking bawah porch pun macam easy je laman luas.

Overall, I ni ibaratnya memang pertama kali nak belajar drive lah. Kereta Abah & siblings memang tak pernah terliur langsung nak bawak sebab I penakut to take risk. Kalau calar, accident nak cekau duit mana eventho ada insurance but still, kereta orang. 

Again, terima kasih banyak to my brothers. Abang such a hero for me tsskkkk. Abang sangat sangat penyabar orangnya. Tak pernah nak marah I teruk teruk, tak pernah fade up, tak pernah ignore kalau I mintak tolong apa apa (oh touching). I love you. That's why I ni kalau boleh berkorban apa saja pun sanggup. 

To my little brother as well. Yang sanggup nak datang bawak balik si penakut ni, harapnya bertabah & bersabar lah macam Abang guide I atas jalan, jangan kau tertidur sudah. I love you too.

To my sister in law yang berkongsi kejadian & bagi semangat, I love you.

To my sister yang banyak bagi peransang, kata-kata motivasi, nasihat & panduan, I love you.

To my cousins (Fara,Fendi,Ayong) walaupun mengkantoikan I accident dekat Uncle & Aunties, still I love you guys. Hahahahaha. Tak ku lupa jasa-jasa kalian. Sanggup pergi KD amik kereta park kat SD, hantar balik SA, hantar balik Kajang, patah balik ke SD, tak apa I redha je belanja duit minyak. Eco kan hahahhaha. 

Family, I love you guys. (Nangis)

To you, nanti kita cerita lain. Banyak nak cerita.


No comments: